Pelancaran Lagu Wahdinii Sempena Koleksi Pakaian Terbaru Menjelang Ramadhan dan Hari Raya 2024

22 Januari 2024 Ara Damansara Pelancaran Lagu Wadinii diadakan di sebuah bangunan diberi nama Studio Dia. Ia dimiliki oleh Penyanyi Terkenal Fauziah Latif. Lagu Wahdinii ini merupakan sebuah lagu baru hasil  ciptaan penerbit dan komposer tidak asing lagi iaitu Adi Priyo (Adi 6ixth Sense). Lagu ini berjudul Wahdinii. Ia bermaksud Berilah Petunjuk.

 

Adi Priyo sebelum ini pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu Muara Hati nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip dan Ku Relakan Jiwa oleh Hazama.Selain itu,lagu-lagu hits dari 6ixthsense seperti Khatimah Cinta, Tanpa dan Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga merupakan hasil ciptaan beliau.

 

Wahdinii merupakan pengeluar baju “muslim wear” bersama rakan urusniaga bersama iaitu Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu tema Wahdinii ini. Puan Faridah juga melaksanakan hasrat Arwah suaminya yang tidak kesampaian sebelum ini. Wahdinii akan membuka cawangan butiknya di Bangi nanti dalam wawancara. Terdapat Pelbagai Pilihan Warna , Saiz Budak sampai dewasa untuk Pakaian lelaki Keluaran Wahdinii. 

 

Adi 6ixthsense dipilih disebabkan  kepakaran beliau dari segi penciptaan konsep lagu.Lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop tapi kali ini melodi yang sangat mudah diikuti di susunkan seperti  irama padang pasir.

 

Hasil perbincangan semua pihak yang di terajui En Zell Sazalie  selaku komunikasi strategik,sebulat suara untuk mengambil penyanyi Azmi Saat  Caliph Buskers sebagai featuring bersama Adi Priyo untuk lagu ini.

Wahdinii mempunyai maksud dalam bahasa Melayu iaitu Berilah Petunjuk ⁠ dimana semua manusia di muka bumi ini memerlukan Petunjuk untuk mencapai kejayaan. Alhamdulillah lagu ini telah dapat di siapkan  dan sekaligus Puan Faridah dan Puan Emma terus terpikat untuk menaja Adi & Azmi untuk keluaran Muslim Wear Wahdinii keluaran 2024 ini.


 Penyanyi Azmi Saat  Caliph Buskers Memperagakan Pakaian Rekaan Wahdinii
Untuk melihat Pelbagai rekaan terbaru keluaran Jenama Wahdinii anda bolehlah layari di Website :





LAGU WAHDINII AKAUN ADI PRIYO DI YOU TUBE



Comments