Pengarah:
Saiful Reza A Shukor dan Shaharudin Mat Dali
Genre:
Aksi Sejarah
Pelakon:
Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafisu, Nam Rong, Amir Ahnaf,
Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Tissa Biani, Amerul Affendi, Geoff Andre Feyaerts,
Hasnul Rahmat, Ruzaidi Rahman, Syed Ali Murtadha, Ali Karimi
Penerbit:
STUDIO KEMBARA
Pengedar:
STUDIO KEMBARA
Saluran:
Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia
Tarikh Tayangan:
11 Januari 2024
Sinopsis:
Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultandan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum
terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga
mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang
menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang
menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai
Kapten Syers kali ini?
Ulasan :
Putrajaya 2 Januari 2024, Hari tayangan Perdana Filem Terbitan Studio Kembara yang
berjudul Pendekar Awang : Darah Indera Gajah ,Ia adalah kali pertama ditayangkan
secara umum kepada media dan para jemputan yang hadir serta sukacita juga dengan
kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menyaksikan
tanyangan perdana ini di GSC IOI City Mall, Putrajaya.
Turut hadir juga Penagarah Filem Malaysia Tersohor Datuk Yusof Haslam , Serta Pengkritik
Filem Popular di Malaysia Zhaf Vlog Serta beberapa barisan Artis seperti Mimi Lana
turut memeriahkan suasana di Malam Gala tayangan Filem Pendekar Awang.

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah ianya adalah sekuel kepada Filem Mat kilau
Kebangkitan Pahlawan yang berjaya menjadi filem "Box Office" baru baru ini dengan jumlah
kutipan melebihi RM 87 Juta .Ianya juga adalah prekuel kepada Filem Mat Kilau 2 yang akan
diterbitkan pada masa akan datang . Filem Pendekar Awang ini dibintangi oleh barisan
pelakon-pelakon berpengalaman dan mantap iaitu Fattah Amin, Nur Fazura, Namrong,
Amerul, Wan Hanafisu,Tissa Biani dan ramai lagi. Kandungan cerita ia amat menarik.

Produksi Studio Kembara sendiri adalah ingin menyajikan hiburan yang bermanfaat untuk
seisi keluarga. Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan Rasa Cinta dan
semangat jati diri kepada Tanah Air seta kepentingan menjaga agama dan bangsa.
Ianya juga adalah sebagai menghargai pengorbanan pejuang-pejuang Tanah Air
dahulu kala disamping ia meningkatkan semangat terpuji dikalangan anak muda.
Filem ini juga turut mengangkat peranan wanita dalam semanagat perjuangan
mempertahankan kedaulatan Tanahair.
( Wan Hanafisu :Memegang watak sebagai Tok Gajah )
Saya sendiri juga begitu terharu setelah menonton Filem ini hampir dua jam .
Sehingga dengan sendirinya saya menitiskan air mata melihat babak akhir ketika
kesemuanya bersatu tidak kira Wanita, Anak Muda, Orang Tua sendiri mempunyai
semangat untuk mempertahankan tanah air yang dimliki mereka. Ditunjukkan berlakunya
penentangan penjajah yang merampas dan menceroboh hak mereka.
Dari segi jalan cerita amat menarik dengan menampilkan beberapa adengan perlawanan
disetiap jalan cerita. Kali ini tiada gegaran pergerakkan kamera berlaku berbanding filem
Mat Kilau sebelum ini. Latar Belakang tempat dan grafik juga menarik perhatian saya
dengan kecantikkan keindahan pantai ketika Kuda-kuda berlari. Dari segi pemakaian tidak
boleh dipertikaikan kerana latar waktu pada masa itu adalah pada awal 1850-1900 .
Dimana cara pemakaian Arab telah tersebar di Alam Melayu .Saya melihat tidak salah
Wanita wanita memakai pakaian sebegitu . Kerana ia adalah sebuah filem lagipun lebih
bagus mereka menutup Aurat seperti itu dimana rata-rata pelakon wanita juga
mejaga kehormatan mereka.
Saya memuji aksi pelakon-pelakon dalam menaiki kuda sambil berperang. kalau diikutkan
waktu untuk mempelajari cara menunggang kuda adalah lama. Semasa temubual dengan
pengarah filem beliau mengatakan kebanyakkan pelakon yang terlibat mereka telah ada
asas menunggang kuda dan memanah. Para pelakon sebenarnya telah lama berlatih cara
menunggang kuda sejak sebelum Filem pertama Mat Kilau lagi didalam wawancara.
kali ini anda akan diperlihatkan kebanyakkan aksi berperang adalah sambil
Menunggang Kuda. Kebanyakkan aksi "stunt" keseluruhan adalah dilakonkan
sendiri oleh mereka dalam Filem ini.
Dari segi dialog dan bahasa pula adalah santai dengan pelbagai dielek boleh didengari
ketika perbualan mereka . Antaranya dielek Terengganu, Kelantan, Pahang dan Indonesia.
Cuma dari segi bahasa ia tekankan kepada ayat ayat puitis dan ada yang sukar difahami.
Namun yang penting anda akan faham dengan jalan cerita filem ini yang amat mudah
difahami. Ianya ditutup dengan aksi-aksi yang ingin anda lihat sendiri di setiap babak.
Yang paling Penting adalah ia telah membuatkan penonton mempunyai semngat jati diri
untuk mempertahankan tanah air selepas tamatnya Filem Pendekar Awang. Ianya banyak
memberi pengajaran berguna kepada yang menonton. Tidak rugi untuk anda menyaksikan
sendiri tayangan Filem ini . Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan Filem Pendekar
Awang : Darah Indera Gajah yang akan berada dipawagam seluruh Malaysia pada :
11 Januari 2024
Rating 9/10
Trailer Filem Pendekar Awang di You Tube
Comments
Post a Comment