MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PENGURUSAN MAYAT BUKAN MUSLIM MELALUI SKIM PRIHATIN YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN ER GE FENG DAN SONG DA FENG SELANGOR DAN KUALA LUMPUR".
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 (Khamis) - Yayasan Wilayah Persektuan hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Pengurusan Mayat Bukan Islam Melalui Skim Prihatin bersama Persatuan Kebajikan Er Ge Feng dan Song Da Feng Selangor dan Kuala Lumpur. Majlis telah diadakan di Wisma YWP dan merupakan inisiatif bersama untuk memberikan rangka kerjasama dan kolaborasi yang dapat memberi impak yang positif kepada warga Wilayah Persekutuan.

Melalui MoU ini dapat memberikan ruang yang lebih baik dalam merangka inisiatif yang lebih besar bagi membantu menampung kos pengurusan mayat yang tinggi dalam kalangan bukan muslim khususnya di Wilayah Persekutuan. Diharap melalui MoU ini juga dapat memberikan lebih fokus dan ruang untuk mengadakan program dan aktiviti berkaitan keagamaan khusunya dalam kalangan bukan muslim dan meningkatkan kepelbagaian idea demi menaiktaraf kehidupan warga Wilayah Persekutuan.
Dianggarkan peruntukkan sebanyak RM 100,000 pembelanjaan pada tahun ini akan disalurkan untuk pengurusan jenazah bukan islam di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tiada sasaran berapa ramai diperuntukkan . Dimana ia melihat sendiri berapa ramai yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban pewaris dan pengurusan jenazah bukan islam . Dimana Pewaris boleh membuat pilihan untuk gunakan Khidmat NGO ataupun persendirian . Untuk pengurusan sendiri Yayasan akan memberi bantuan sebanyak RM 1,000 untuk satu pengurusan jenazah. Untuk mendapatkan bantuan dana pewaris perlu menyediakan nama untuk diberi kepada Yayasan untuk urusan seterusnya.
Untuk bantuan juga perlu berdaftar dibawah Skim Prihatin Wilayah Persekutuan. Sebelum ini pada tahun 2010 Yayasan telah membuka untuk Skim Prihatin Wilayah untuk penama menggunakan khidmat pengurusan jenazah dan mendapat bantuan. Dimana penama harus mencarum sebanyak RM 5 untuk keahlian seumur hidup. Didalam senarai yang telah berdaftar seramai 55,000 orang yang masih hidup. Dimana yayasan akan utamakan yang masih ada ini untuk pengurusan dan bantuan. Didalam senarai lama ini terdapat penama bukan Islam dan Islam. Mengikut statistik namayang ada dalam senarai tersebut untuk umur 71 tahun keatas seramai 9,397 warga kaum cina, 1,840 warga kaum India dan 51 warga untuk lain lain kaum. Secara perlahan lahan bila dana dah kukuh akan dibuka pula untuk ramai orang pada masa akan datang mengikut kemampuan Yayasan .
Ini adalah pertama kali di Malaysia diadakan kerjasama untuk Bantuan Pengurusan Jenazah Bukan Islam dan mungkin akan tecatit dalam sejarah baru Malaysia. Kerjasama ini adalah salah satu usaha yang penting dalam kebersamaan hidup majmuk berbilang kaum dan agama di malaysia ini dengan usaha oleh kerajaan hari ini untuk memartabatkan kesatuan rakyat berbilang kaum & konsep Madani
Untuk malumat lanjut berkenaan Yayasan Wilayah Persekutuan anda boleh layari di website di bawah :
Comments
Post a Comment