KUALA LUMPUR 15 JANUARI 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia atau Bumitra Malaysia akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 dengan mensasarkan kehadiran lebih 10,000 orang pengunjung sepanjang tiga hari karnival yang akan berlangsung. Karnival yang merupakan anjuran tahun kedua ini akan diadakan bermula daripada 19 hingga 21 Januari 2024 di lokasi Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang. Ia bakal menghimpunkan lebih 25 syarikat pelancongan tempatan yang telah berdaftar diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim Haji pada tahun 1445Hijrah/2024 Masihi di mana syarikat-syarikat ini akan mempromosikan pelbagai pakej menunaikan haji untuk ditawarkan kepada bakal-bakal jemaah haji.

Harun KC Ahmmu Sebagai Presiden Bumitra Malaysia, menjelaskan bahawa penganjuran karnival pada tahun ini akan membawa kelainan dari tahun sebelumnya penganjuran. Dimana pada kali ini para pempamer akan berlumba yang terbaik untuk mempromosikan tawaran dan pakej umrah dan juga pelancongan yang disediakan oleh syarikat masing-masing dengan cara tersendiri untuk menarik minat pengunjung mendapat pelbagai pilihan. Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumitra Malaysia amat berterima kasih kepada pihak Tabung Haji kerana menyediakan peluang bagi memperkenalkan syarikat-syarikat dibawah PJH untuk berkongsi kepada bakal jemaah haji secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya mengenai tawaran pelbagai pakej haji swasta yang ditawarkan bagi mereka. Ia dapat memberi lebih pilihan serta nilai tambah kepada bakal jemaah Haji mengikut kemampuan mereka. Terdapat pelbagai tawaran pakej haji, umrah dan pelancongan merentasi serata negara dia dalam Karnival ini. Persatuan Pengendalian Pelancongan Syarikat Bumitra percaya dengan persediaan yang rapi di samping tempoh pameran yang lebih lama dapat membolehkan pengunjung dapat membuat pelbagai pilihan kesukaan mereka. Pengisian yang padat dan menarik serta kawasan pameran yang lebih luas dimana dapat memuatkan sehingga 140 reruai akan dapat menarik lebih ramai pengunjung pada tahun ini. Selain daripada penyertaan kesemua 25 syarikat PJH sebagai pempamer, Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumitra amat berbesar hati dengan sokongan daripada syarikat-syarikat seperti Bank Islam, AMAL (Malaysia Airlines), Takaful Malaysia Berhad dan Saudi Tourism Authority kerana turut sama menyertai karnival pada tahun 2024 ini .
Pengarah Eksekutif Haji, Dato' Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula berkata karnival tahun ini diadakan bertujuan sebagai kesinambungan atas kejayaan penganjuran pertama pada tahun lepas di samping ingin meningkatkan kesedaran masyarakat umum bertapa pentingnya untuk memilih syarikat pengendali Haji yang didaftarkan lesen dibawah PJH. Dengan keyakinan Syarikat yang hadir dalam karnival kali ini. Pengujung tidak perlu lagi risau tentang berlakunya penipuan "Scammer" jemaah haji terkandas dan hilang duit simpanan . Dengan ini Jemaah Haji dapat pergi dengan selesa dan tenang untuk menunaikan Haji pada tahun 2024 ini mengikut kemampuan mereka.
Alhamdulillah, penganjuran pertama Karnival PJH pada tahun 2023 yang lalu telah mencapai sasaran dengan kehadiran lebih 5,000 orang pengunjung. Diatas permintaan dan maklumbalas ramai dan kebaikkan, kami teruskan karnival pada tahun ini dengan membawakan pelbagai kelainan dan penambahbaikan" "Karnival ini juga menjadi serampang dua mata iaitu selain mempromosi pakej haji, umrah dan pelancongan, ia juga menjadi salah satu cara untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sah sahaja yang boleh menawarkan perkhidmatan pengelolaan haji", dan jemaah haji tidak akan ditipu.
Para Wartawan juga bertanya bila Lesen Visa Haji akan dikeluarjan oleh Tabung Haji serta berapa Kuota jumlah Jemaah haji Malaysia pada Tahun ini? Dato' Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menjawab dengan tenang untuk mendapatkan Lesen Visa sekarang ini waktunya amat terdekat. Jumlah Kuota Jemaah Haji Malaysia Pada tahuh ini adalah 31,600 orang. Dari segi peratusan sebelumini 30% ada pergi mrenggunakan pakej yang disediakan oleh syarikat swasta. Ditanyakan juga apa akan berlaku tentang ancaman perang yang sedang berlanjutan di Tanah Arab akan megangu para jemaah Haji pada kali ini. Beliau menjawab dimana telah berjumpa dan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi proses haji pada tahun ini akan diteruskan seperti biasa . Namun pihak kerajaan Arab Saudi akan menitik beratkan mengenai Keselamatan kepada semua bakal jemaah yang akan menunaikan Haji pada tahun ini.
katanya Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 yang akan diadakan selama tiga hari adalah terbuka secara percuma kepada pengunjung dan akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada 19 dan 20 Januari. Manakala, pada 21 Januari pula, karnival akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Selain daripada tawaran pakej haji, umrah dan pelancongan, terdapat pelbagai aktiviti menarik turut disediakan buat para pengunjung. Antaranya program simulasi haji untuk kanak-kanak, persembahan daripada artis nasyid terkenal, program bual bicara, kuiz dan juga cabutan bertuah khusus untuk para pengunjung dengan menawarkan hadiah yang lumayan termasuklah pakej menunaikan umrah. Tarikan ini bakal memeriahkan lagi suasana Karnival Haji , Umrah dan Pelancongan pada tahun 2024 ini.
Ini adalah Senarai 25 PJH Musim 1445Hijrah dan 2024 MasihiSenarai 25 syarikat yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji yang dikenali sebagai
Pengelola Jemaah Haji (PJH) swasta ini ialah:
1.TH Travel & Services Sdn Bhd
2.Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
3.Alif Travel & Tours Sdn Bhd
4.Amani Travel Sdn Bhd.
5.Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
6.Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
7.Batuta Travel & Tours Sdn Bhd
8.Citra Travel & Tours Sdn Bhd
9.CS. Holidays Sdn Bhd
10.iman Travel & Tours Sdn Bhd
11.Felda Travel Sdn Bhd
12. G emilang Travel and Tours Sdn Bhd
13. AD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
14.Juara Travel & Tours Sdn Bhd
15.Awan International Travel sdn Bhd
16.Kembara Umrah Sdn Bhd
17.MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
18.MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd
19.Rayhar Travels Sdn Bhd
20.Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd
21.TM Tours & Travel Sdn Bhd
22.Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
23.Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd
24.Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
25.Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd
Comments
Post a Comment