Rangkuman Filem Jiwa 8 Belas : Menampilkan Pelakon Muda dan Berpengalaman
Filem :
Jiwa 8 Belas
Pengarah:
S. Baldev Sigh
Aksi
Pelakon:
Sohpia Albarakbah, Shah Hazvee, Izuan Razali, A. Galak, Kanda Khairul, Faha Azhar, Dato Jalaluddin Hassan, Ikhram Juhari, Akim Nordin, Datuk Fauziah Nawi
Penerbit:
Sri Saheb Production Sdn Bhd
Pengedar:
Sri Saheb Production Sdn Bhd
Saluran:
Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia
Tarikh Tayangan:
18 Januari 2024
Sinopsis:
Sepasang Suami Isteri melalui Pengalaman Pahit apabila diculik oleh sekumpulan penjenayah pemerdagangan Manusia di Sewaktu menunggang motor . Filem Jiwa 8 Belas mengisahkan pasangan rakan karib , yang kemudian bertukar menjadi tragedi gara-gara terperangkap dalam sekumpulan penjenayah yang memperdagangkan wanita ke Thailand. Situasi berlaku adengan mengejutkan apabila pasangan ini dipukul dan juga penjenayah bertindak rakus terhadap wanita .
Ulasan :
Pada Januari 2024 Malam Gala, Tayangan Perdana Filem Jiwa 8 Belas telah diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya. Dengan kehadiran Para Pelakon, Wartawan, Orang kenamaan serta tetamu terhormat memeriahkan lagi Malam Gala Tayangan Filem Jiwa 8 Belas ini. Filem ini amat menarik untuk ditonton kerana ia memperlihatkan banyak pengajaran berguna untuk remaja remaja diluar sana. Antara yang begitu mempengaruhi saya adalah adengan yang kejam terhadap wanita. Kerana terikut oleh hawa nafsu sampaikan wanita wanita ramai dianiaya . Penjenayah juga bertindak tiada kemanusiaan apabila sanggup menjual maruah wanita untuk dijual berdekatan Sempadan Malaysia -Thailand . Ia juga kerana nafsu wang ringgit . sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memiliki kekayaan sekelip mata sehingga melupakan dosa yang dilakukan mereka.
Dari segi lakonan oleh pelakon menjiwai watak adalah amat berkesan. Walaupun kebanyakkan adalah pelakon baru. Tapi mereka menunjukkan aksi yang bagus. Ia juga amat berkesan dengan gandingan pelakon yang berpengalaman seperti Jalaludin Hassan,A Galak, Datuk Fauziah Nawi telah menghidupkan jalan cerita dalam Filem Jiwa 8 belas. Bersama pelakon baru Sophia Al Barakbah, Shah Hazwee, Kanda Khairul dan ramai lagi.
Latar Belakang lokasi banyak dibuat berdekatan Hulu Selangor dan Rawang. Keadaan Muka bumi berbukit dan hutan tebal telah membuatkan filem ini lebih menarik. Dimana Aksi kejar mengejar Motor dan kereta amat berkesan dengan keadaan laluan yang lengkok pelakon mampu melakukannya. banyak juga adengan aksi "stunt" dipertontonkan telh mengejutkan saya. Dengan seorang dari penjenayah sanggup melompat dari motor dan meniarap diatas bumbung kereta sambil bergerak laju. kemungkinan aksi ini memerlukan seseorang yang Profesional. Watak Hero yang dilakonkan oleh shah Hazvee amat berkesan . Beliau juga mampu melakukan lakonan dengan baik. Dimana beliau dipukul dengan sadis . Aksi kejar mengejar beliau dengan penjenayah juga menyebabkan penonton yang melihat tidak senang duduk. Kebanyakkan penonton melihat dari awal dan akhir tiada satupun merasa bosan kerana akan sentiasa ada adengan "suspen" yang diperlihatkan. Seperti Kereta terbalik, Sekumpulan motor terjatuh, Aksi pukul dan pelbagai lagi.
Dari segi bahasa dan percakapan dalam cerita amat mudah difahami . Dimana kebanyakkan menggunakan bahasa kasar "Gangster" seperti ada persamana dalam filem syamsul yusof . ia amat berkesan untuk menjiwai watak penjahat dalam filem ini. kebanykkan penonton dilihat tidak berganjak dari kerusi dari wal sampai tamat cerita. Walaupun filem ini dimainkan selama 1 jam lebih. Tahniah kepada pengarah kerana berjaya membuat Filem ini dengan Baik. Sesuai untuk tontonan umum . Lebih lebih lagi untuk menajak remaja ke panggung .Ini kerana ia banyak memberi pengajaran berguna kepada mereka . Tidak cukup jika anda membaca penulisan rangkuman Filem ini sahaja. Kerana amat berbaloi jika anda melihatnya sendiri filem ini di Pawagam berdekatan rumah anda. Jangan lepaskan peluang untuk meyaksikan Filem ini akan diterbitkan di Pawagam Seluruh Malaysia pada Tarikh dibawah.
18 Januari 2024
Rating 7/10
Trailer Filem Jiwa 8 Belas di You Tube
Video Promo dari Artis
Comments
Post a Comment