Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali Ke-2, Kini Belangsung di Hotel Movenpick & Convention Centre (MHCC)

Sepang 19 Januari 2024 . Lebih 5,000 Perngunjung hadir di hari Pertama Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan yang diadakan di Hotel Movenpick .Bermula seawal pukul 9 pagi lagi orang ramai datang untuk menghadiri Karnival yang diadakan untuk kali-2 ini. Dimana ruang parkir dihari pertama dalam perkarangan Hotel Moviepick penuh. Penganjur memahami perkara ini apabila menambah ruang parkir disediakan di dalam perkarangan Masjid Sultan Abdul Samad. Karnival akan berlansung selama 3 hari bermula pada hari jumaat 19 Januari 2024, Sabtu 20 januari 2024 dan 21 Januari 2024 sehingga pukul 6 petang . 

Pada hari Jumaat 19 Januari 2024 Sambutan Pelancaran telah diadakan pada pukul 3 petang dengan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar dan tetamu terhormat. Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sejumlah 25 syarikat pelancongan bumiputera yang juga ahli persatuan Bumitra Malaysia telah diberi lesen oleh Lembaga Tabung Haji untuk mengendalikan pakej haji swasta untuk musim ini.

Menurut beliau lagi “Karnival yang berlangsung selama tiga  hari ini bertujuan mendekatkan bakal jemaah dengan maklumat terbaharu termasuk mengenali latarbelakang 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) swasta, pakej-pakej yang ditawarkan bagi setiap PJH, harga pakej, hotel penginapan serta pembimbing jemaah ketika di tanah suci,” katanya.

 Menurutnya, bakal jemaah boleh memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet masing-masing di samping mendapat gambaran jelas suasana serta persiapan sebelum dan semasa menunaikan haji terus dari setiap PJH disepanjnag karnival ini berlansung. Terdapat juga simulasi haji kepada pengunjung yang hadir . Dimana pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman seperti berada menunaikan haji dengan teknologi terkini dipersembahkan. 

Jelas Dato' Mohd Naim lagi “Kesemua syarikat yang diberi lesenkan oleh PJH  memiliki kapasiti teguh, kepakaran dan pengalaman mencukupi serta berwibawa dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia,”  Jadi bakal Jemaah haji akan merasa Yakin dengan Perkhidmatan yang diberikan tanpa ragu mengenai "Scamer" Penipuan Haji sebelum ini.


Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Tuan Syed Hamadah Syed Othman; Pengarah Eksekutif Haji, Tabung Haji, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Tuan Haji Harun KC Ahmmu dan tetamu lain yang terhormat.

 

Sementara itu Dato'Mohd Na’im turut berkata, dalam suasana mencabar dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, kerajaan telah mensyaratkan agar syarikat PJH yang terlibat untuk menawarkan pakej haji ekonomi (Pakej Rahmah) di bawah RM50,000  bagi memberi lebih pilihan kepada bakal-bakal haji daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dimana Pakej Rahmah ini adalah satu usaha kerajaan untuk melihat lebih ramai bakal haji untuk manpu mendapatkan perkhidmatan berkualiti untuk menunaikan haji tanpa ada bebanan kewangan yang besar. 

Disebabkan Kos untuk menunaikan haji mengalamai peningkatan setiap tahun, khususnya kos-kos yang perlu ditanggung di Arab Saudi. Telah Dimuktamadkan bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024, kos keseluruhan bagi seorang jemaah Haji adalah berjumlah RM 33,300.00.Peningkatan ini adalah sebanyak 8 peratus daripada kos Musim Haji sebelumnya pada Tahun 1444H/2023 iaitu berjumlah RM 30,850.00.

 

Kos ini adalah meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji seperti  penginapan, penerbangan, sajian, visa, perkhidmatan semasa di Tanah Air dan di Tanah Suci termasuk operasi masyair, pengangkutan, kos pengurusan kebajikan, Insurans serta kesihatan jemaah haji, dan lain-lain kos operasi.

 Untuk Kos kerajaan telah menetapkan dan bersetuju agar kadar bayaran untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji adalah berjumlah RM13,356 seorang. Kerajaan juga turun memberi bantuan kewangan secara bersasar kepada jemaah Haji Muasassah bagi golongan B40 dengan jumlah sebanyak RM 1,000.00.

Dengan tambahan bantuan ini, jemaah Haji Muassasah bagi golongan B40 hanya akan membayar kos haji sebanyak RM 12,356.00 sahaja. Bakal haji kumpulan B40 akan menerima bantuan kewangan Haji berjumlah RM19,944 seorang atau bersamaan dengan 60 peratus daripada kos haji.

 

Kos Bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah berjumlah RM19,152 seorang. Bakal haji kumpulan M40 akan menerima bantuan kewangan haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus dari keseluruhan kos haji.

 Sementara, kumpulan T20 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang.


Di karnival ini Saya sempat melawat dan menemubual Haji Md Daud  Che Ngah di Tapak Pempamer Syarikat Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd dimana pada kali ini Kos yang disediakn kepada bakal jemaah haji adalah serendah RM 44,990. Beliau berkata ia adalah harga terendah yang ditawarkan .Dimana Ianya adalah Harga Rahmah yang ditetapkan oleh kerajaan untuk kemampuan Bakal Jemaah Haji. 


Kuota Jumlah Jemaah haji untuk Syarikat Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd pada tahun ini adalah seramai 1,500 Orang Dimana ia akan melibatkan jemaah haji pada Fasa Awal, Petengahan dan Akhir.  Kebanyakkan Jemaah Haji ramai yang memilih pergi diwaktu Fasa Pertengahan . Pelbagai pakej Haji yang ditawarkan kepada para jemaah haji. Ada juga jemaah haji sanggup membayar mahal RM 90,000 untuk pergi di Fasa akhir Haji sebelum Wuquf . Ini melibatkan jemaah haji lebih mudah memilih untuk pergi lewat dan balik awal mengikut keselesaan dan kemudahan mereka. Di akhir temubual Haji Md Daud Che Ngah Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd mensasarkan untuk membantu para asnaf yang ada dimalaysia. Dimana sebelum mereka telah banyak membantu para asnaf untuk pergi umrah secara percuma bersama mereka. Berkat dari sinilah Syarikat Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd menjadi salah satu syarikat yang berjaya di Malaysia dalam pengurusan Haji, Umrah dan pelancongan. 


Video Sesi Temubual bersama haji Md Daud Che Ngah


Syarikat Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd turut melancarkan Buku terbaru Pakej Haji,Umrah dan pelancongan untuk tahun 2024 di dalam Karnival ini. 





Pertubuhan Bumitra Malaysia juga mengadakan Bazar Karnival Jualan di Perkarangan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA Dimana ia bersebelahan dengan Tempat Karnival Haji, Umrah dan pelancongan di Hotel Movenpick. Adanya Bazar Karnival Jualan ini ia memudahkan orang ramai untuk menikmati pelbagai pilihan makanan di sepanjang karnival ini berlangsung. 

 


Comments