Rumah Terbuka Raya Parlimen Lembah Pantai Meriah dengan Kehadiran Black membuat persembahan dihadapan ramai yang hadir

 Sri Sentosa , Kuala Lumpur : Datuk Ramlan Askolani Sebagai Wakil bagi Calon Utama Lembah Pantai untuk Pilihanraya telah mengadakan Rumah terbuka yang sungguh Meriah. 



Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

 Beliau yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas 2 (PTTK 2) meluahkan rasa gembira apabila kehadiran rumah terbuka mencecah 4,000 orang walau jangkaan hanya 2,000 orang.



Ketika Ucapan Datuk Ramlan Askolani berpuashati dengan sambutan penduduk setempat yang hadir. 


Antara Atlit Sukan Sea yang telah mengharumkan nama negara Malaysia turut hadir memeriahkan suasana di rumah terbuka Raya ini. Mereka diberi penghargaan di hadapan hadirin yang hadir.


Antara aksi Black menyanyikan bersama dengan Datuk Ramlan Askolani dengan beberapa Lagu Raya dan Lagu  terkenal. Telah memriahkan suasana sambutan Hari Raya , Serta Percikan Bunga Api di Akhir sambutan. 


Didalam wawancara bersama Datuk Ramlan Askolani Sebagai wakil Lembah Pantai menjelaskan tentang beberapa perkara terutama menegenai peningkatan Harga Barang yang berlaku sekarang ini yang menyebabkan ramai pengguna terjejas. 

Jelas Beliau Negara memerlukan satu dana yang besar bagi menampung harga tinggi makanan yang dihadapi oleh rakyat.

 

Datuk Ramlan Askolani berkata, ketika menyalurkan bantuan ke Labuan, kita peruntukkan jutaan ringgit pun tidak mencukupi.

 

“Baru-baru ini ketika ada rungutan rakyat di Labuan kerana harga barang mahal, kita hantar bantuan kewangan bagi menampung harga yang tinggi.

 

“Kerana itu kestabilan politik amat penting, bagaimana hendak dapat dana yang mencukupi bagi menampung keperluan rakyat jika politik tidak stabil.

 

“Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memansuhkan amat dipuji kerana telah menyekat AP bagi menyekat penguasaan kartel.

 

“Pada pendapat saya inilah solusi isu bekalan makanan ketika ini,” Jelas beliau  pada Rumah Terbuka Aidilfitri Lembah Pantai, di sini semalam.


Semua yang hadir Rumah Terbuka raya berpuashati disamping sampul Raya turut diagihkan kepada penduduk yang hadir pada malam itu. 









Comments