Dana RM500 juta akan diperuntukkan oleh kerajaan kepada koperasi sektor makanan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh
Omar berkata, dana itu penting dalam usaha kerajaan untuk membantu
menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan banyakkan pengeluaran makanan.
Beliau berkata, semalam satu mesyuarat diadakan dan dana
yang sebelum ini dibuka kepada syarikat- syarikat sudah dipersetujui dibuka
kepada koperasi yang terbabit dalam makanan.
“Dalam senarai kita ada 15 koperasi yang jalankan
ternakan ayam, mereka berjaya hasilkan 24 juta ternakan ayam.
“Ada koperasi hasilkan makanan haiwan ternakan dan semua
ini boleh memohon dana berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri ANGKASA di perkarangan ibu pejabat ANGKASA.
Turut hadir, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah
Abdullah.
Beliau ketika ditanya adakah harga barangan koperasi akan
kekal walaupun berlaku inflasi, isu bekalan dan isu matawang jatuh, jelasnya
menerusi subsidi diberi kerajaan harga barangan kekal malah diturunkan untuk
manfaat rakyat.
“Sebanyak 500 Coopmart menyediakan barangan dengan harga berpatutan
dan murah selepas mendapat subsidi yang diagihkan kerajaan,” katanya.
Ramai juga yang hadir kerumah Terbuka Raya yang dianjurkan oleh Angkasa ini turut bergambar dengan Tan Sri Noh Omar.
Comments
Post a Comment