FESTIVAL MALAYSIA - JEPUN ULANGTAHUN 40 TAHUN DASAR PANDANG KE TIMUR

MATIC, Kuala Lumpur Tahun 2022  Dasar Pandang ke Timur (LEP) sudah empat dekad. Dasar ekonomi idea Perdana Menteri keempat, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ini dilancarkan oleh beliau sendiri pada 8 Februari 1982, semasa Persidangan Tahunan Kerjasama MAJECA/JAMECA Kelima di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Ia juga sebagai reaksi kepada dasar ‘Buy British Last’ (yang juga diumumkan oleh Mahathir pada Oktober 1981).

 

LEP bermaksud pihak kerajaan Malaysia, serta pihak swasta menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai negara contoh etika bekerja. Lebih 15,000 rakyat Malaysia telah memperoleh manfaat menerusi dasar ini.

  Walaupun Malaysia merupakan bekas jajahan British, tetapi kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara, iaitu dari Dasar Pro-Barat semasa zaman penjajahan, dan pascapenjajahan menjadi LEP semasa pentadbiran Mahathir.



Sementara itu, Katsuhiko Takahashi dalam ucapannya memuji usaha PAMAJA dan Persatuan Inap Desa Malaysia yang begitu giat mengadakan pelbagai acara, bagi mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia dengan rakyat Jepun.

  

“Sejak LEP dilaksanakan di Malaysia, ribuan rakyat negara ini mengunjungi Jepun sama ada untuk belajar, bekerja, atau melancong. Ini membantu memperkukuh lagi hubungan Malaysia-Jepun,” kata Katsuhiko.

  

Melalui Festival Malaysia-Jepun 2022 ini, Katsuhiko berharap selain menyambut ulang tahun ke-40 LEP, Malaysia dan Jepun akan merangka kerjasama, dan merancang lebih banyak program bagi mengeratkan lagi persaudaraan kedua-dua negara.



Perasmian Festival Malaysia-Jepun 2022 telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan, MOTAC, Dr Tan Awang Besar di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC pada 2 Jun 2022 yang lalu.

 

Turut hadir Presiden PAMAJA & Persatuan Inap Desa Malaysia, Dato’ Sahariman Hamdan yang juga Pengerusi festival tersebut; Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi; dan Pengarah Perkhidmatan Maklumat Jepun/Setiausaha Utama, Kedutaan Jepun, Nagai Tomoko.


Baru-baru ini Jepun berminat untuk terus mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun di Malaysia, Araki Kaname. Jelas Araki, Jepun akan bekerjasama dengan Malaysia bersempena merayakan pencapaian hubungan dua hala sejak 40 tahun lalu.


  Tumpuan juga, katanya lagi semasa berucap di Festival Filem Jepun 2021, akan diberikan dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala untuk tempoh 40 tahun akan datang.





Selepas  Perasmian pengunjung disajikan dengan Persembahan Tarian dari " Tourism Malaysia " sungguh menterujakan tetamu yang hadir.

Festival Malaysia-Jepun 2022 menampilkan pelbagai aktiviti seperti pameran reruai produk pelancongan, promosi latihan dan pembelajaran vokasional teknikal (TVET), serta pameran LEP  yang memaparkan sejarah panjang hubungan dan kejayaan Malaysia-Jepun.


 Diadakan juga demonstrasi makanan/kulinari seperti rendang, laksa, kari India, mi Cina dari Malaysia; sushi, sashimi, onigiri, ramen, halus mitai  (watamae), daging wagyu dari Jepun; persembahan kebudayaan, tarian, serta muzik tradisional Malaysia dan Jepun (bertukar topeng Cina, tarian klasik.

 

Selain itu, ada seni mempertahan diri silambam, persembahan silat, persembahan okarina, perarakan matsuri, ikebana dan origami), kelas bahasa Jepun, kaligrafi Jepun, kaligrafi khat, mencanting batik, mengukir kayu, kelas melukis (seni, animasi, kartun), program pertukaran hibrid, dan seminar.  


Terdapat juga pertandingan kostum dari Malaysia dan Jepun seperti baju kurung, ceongsam, baju Melayu, sari, kimono, dan yukata.


Pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti Bengkel Cosplay, pameran kraftangan, promosi produk pelancongan dan promosi pendidikan TVET, demonstrasi kraftangan, tulisan khat dan mencanting batik.


 Selain itu turut diadakan kelas Bahasa Jepun, Persembahan Kebudayaan Malaysia dan Jepun, Perarakan Matsuri dan pelbagai aktiviti lain.



Dalam ucapan alu-aluannya, Dato’ Sahariman menegaskan bahawa selama empat dekad, LEP telah menjadi penyumbang utama terhadap jalinan perhubungan antara Malaysia dengan Jepun. Hasilnya, dalam hubungan dua hala ini, kolaborasi ekonomi kedua-dua negara berkembang pesat. hubungan dua hala ini bagi membantu meningkatkan ekonomi negara agar ia lebih baik selepas dua tahun pandemik.

  

“Baru-baru ini, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melawat Jepun untuk mengukuhkan LEP. Hasilnya, Malaysia dan Jepun mengambil keputusan untuk mengukuhkan lagi hubungan sambil meneruskan LEP menerusi ruang-ruang baharu seperti tenaga, kota raya pintar, alam sekitar, dan perubahan iklim,” tambah Sahariman mengenai kewajaran menganjurkan Festival Malaysia-Jepun 2022.

  

“Semoga orang ramai akan bersama-sama memeriahkan Festival Malaysia-Jepun 2022 ini. Saya yakin penganjurannya pasti akan memperkukuh lagi kerjasama, dan membina hubungan baharu yang lebih erat antara Malaysia dengan Jepun,” tambah Sahariman.


“Bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dengan Jepun dengan meningkatkan pengetahuan dan minat terhadap budaya, bahasa, dan aktiviti lain yang berkaitan Malaysia dan Jepun dalam memperingati ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur.


Mengakui ini kali pertama menganjurkan festival besar, Sahariman walau bagaimanapun menyatakan pihaknya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat, dan berharap dapat lagi bekerjasama pada masa akan datang.

 

“Festival ini bertujuan untuk mempromosikan sistem sosioekonomi yang lebih mampan dengan menggalakkan orang ramai untuk datang dan mengambil bahagian dalam festival tersebut.


“Inisiatif ini dapat mempromosikan pelancongan, seni dan budaya di kedua-dua negara kepada penduduk tempatan dan pelancong.

 

Ia juga merupakan peluang terbaik untuk mewujudkan hubungan antara homestay dan seluruh dunia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

 

Tambahan pula, disebabkan sempadan negara kita tidak dibuka secara meluas kepada warga asing, festival ini dijangka menarik sebilangan besar masyarakat Jepun yang telah bertapak di Malaysia.



 Pada masa ini, terdapat komuniti Jepun di Malaysia, termasuk mereka dari institusi teknikal Jepun, syarikat Jepun dan agensi Jepun. Terdapat juga rakyat jepun yang gembira tinggal di malaysia mereka juga mahir dalam bercakap dalam Bahasa Melayu. 


Malaysia dan Jepun mempunyai sejarah yang panjang dan gemilang. Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri kita sebelum ini, melancarkan Dasar Pandang Ke Timur (LEP) pada tahun 1982, menjadikannya empat puluh tahun pada 2022.


 Mahathir sendiri menganggap LEP telah berjaya, serta harus kekal sebagai asas kepada strategi dan program pembangunan Malaysia. Katanya, dasar berkenaan memainkan peranan penting dalam perindustrian Malaysia, dan memberi sumbangan yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.


Justeru, Mahathir berharap akan wujud pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap pendidikan di bawah LEP, dan meneliti sistem pendidikan Jepun dari peringkat pratadika hingga ke universiti.

 

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan beliau, kata Mahathir, bersetuju bahawa skop Rangka Kerja LEP 2.0 perlu diperluas dan diperhalus menerusi kerjasama untuk memastikan trend baharu dalam kerjasama dua hala, agar ia kekal relevan.


 Ketika berucap dalam Forum Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) bersempena dengan memperingat ulang tahun ke-40 LEP baru-baru ini, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi memberitahu ketika menjadi Perdana Menteri kali kedua, antara agenda utama beliau ialah memastikan pemulihan Dasar Pandang ke Timur 2.0 (LEP 2.0).

Untuk tidak mensia-siakan harapan Mahathir dan Shinzo itu, Alumni Program Rakan Abad ke-21 ASEAN-Jepun, Malaysia (PAMAJA) mengambil inisiatif menganjurkan Festival Malaysia-Jepun 2022 yang berlangsung pada 2 hingga 5 Jun 2022 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

 

 Antara objektif Festival Malaysia-Jepun 2022 termasuklah mempromosikan pelancongan, kesenian, serta kebudayaan Malaysia dan Jepun; menimbulkan kesedaran terhadap ulang tahun LEP yang ke-40; memberikan pengalaman pelancongan, kesenian, dan kebudayaan kepada para pengunjung; memperkuat motivasi pembelajaran menerusi interaksi dan jaringan; memperkukuh hubungan antara pertubuhan; dan membantu industri pelancongan inap desa kerana 65 peratus daripada tetamu ialah warganegara Jepun.

Mulai 1 Jun pelawat dari negara dalam kategori biru termasuk Malaysia tidak perlu lagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerasa Chain Reaction (RT-PCR) dan kuarantin selepas tiba di negara itu.

 

Secara umumnya, had jumlah ketibaan antarabangsa ke Jepun juga akan ditambah daripada 10,000 kepada 20,000 mulai 1 Jun ini.

 

Bagi tujuan pelancongan pula, kemasukan bersyarat akan dibenarkan mulai 10 Jun dan seterusnya bagi pelawat asing dalam rombongan pelancongan terkawal yang dikendalikan oleh agensi pelancongan.


Dengan ini Festival Malaysia - Jepun ini julung kali diadakan selepas pendemik dua Tahun ini telah berjaya dilaksanakan. Semoga ia dapat menarik ramai yang akan hadir terdapat banyak aktiviti aktiviti yang menarik diadakan di MATIC serta Tempat yang lain.


Comments