MIMCOIN Mampu Merangsangkan Ekonomi untuk Masyarakat India Muslim Di Malaysia
Dewan Sivik, Petaling Jaya : MIMCOIN atau nama penuhnya Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia merupakan pertubuhan tidak berdasarkan keuntungan yang ditubuhkan pada 2012. Sekarang ini mengorak langkah sebagai salah satu Pertubuhan yang banyak meningkatkan ekonomi bagi Masyarakat India Muslim di Malaysia .
Didalam wawancara bersama Naib Presiden MIMCOIN Datuk Abdul Hamid beliau menyatakan
Masyarakat India Muslim di Tanah Melayu yang sinonim dengan gelaran ‘mamak’ dahulunya lebih dikenali dalam bidang perniagaan restoran nasi kandar, tukaran matawang, dan runcit kecil-kecilan.
Begitu pun, matlamat pertubuhan ini besar, dan penting. Walaupun pada asasnya untuk manfaat masyarakat India Muslim Malaysia, tetapi itu boleh melimpah kepada Malaysia senegara juga. Ringkasnya, maju India Muslim Malaysia, majulah juga Malaysia.
Antara objektif MIMCOIN termasuklah mewujudkan pelantar
kepada masyarakat India Muslim untuk menarik, saling bertindak, berkongsi,
menyimpan, dan terlibat dalam bidang perniagaan, kemahiran kepemimpinan, dan
perkongsian maklumat antara satu sama lain di seluruh Malaysia.
Dalam nama penuhnya terdapat perkataan perniagaan dan industri.
Walau bagaimanapun, manfaat daripada segala kegiatan MIMCOIN sejak sedekad lalu
ini tidak setakat kejayaan dalam kerjaya, dan perniagaan sahaja.
Perkara ini ditegaskan oleh Presiden MIMCOIN, Dato’ Hj Syed
Jamarulkhan. Menurut beliau, MIMCOIN turut menyokong setiap aspek kehidupan
selain perniagaan, iaitu merangkumi peribadi, keluarga, dan masyarakat.
Tegas Dato’ Haji Abdul Hamid, sudah lama masyarakat India
Muslim Malaysia turut menceburi bidang perniagaan lain yang biasa dijalankan
oleh masyarakat majoriti.
Sebagaimana MIMCOIN, Ehsan juga, tambah beliau, akan terus
berusaha memajukan masyarakat India Muslim Malaysia dalam semua aspek kehidupan,
apatah lagi ketika fasa kebangkitan semula ekonomi selepas tenat akibat
COVID-19.
“Selepas dua tahun pandemik, ramai hilang kerja, perniagaan
tutup. Jadi, apa yang kita mampu buat adalah buat siri jelajah seluruh negara
bermula di Pulau Pinang, Perak, Kedah.
“Banyak peluang, dari segi bekalan ayam dan rempah,” katanya
menambah mempunyai seramai 3,000 keahlian.
namun ia tetap diteruskan dengan pelbagai aktiviti Sesi Bergambar Bersama Ahli, Menyanyikan Lagu Raya serta Jamuan Makan yang sedap Iaitu Kambing Bakar, Nasi Kelapa , Sate, Cendol , Putu Mayang , Roti Canai yang disediakan oleh Restoran Syed . Kebanyakan yang menghadiri dilihat gembira berpuashati dengan Majlis Raya yang diadakan
Sebahagian daripada ahli Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN) dan tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Petaling Jaya pada 30 Mei 2022 lalu.
Ahli Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia
(MIMCOIN) yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada 30 Mei
2022 di Petaling Jaya. Sungguh Meriah Suasana.
Comments
Post a Comment