SEMARAK RAMADAN YAYASAN PRIHATIN DAN MAIWP BERSAMA WARGA ASNAF
CHERAS, 28 April 2022-Yayasa Prihatin Nasional (PRIHATIN)
dengan kerjasama
Majlis Agama lslam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan
warga asnaf yang terdiri
danpada 4 kategori dalam satu Program Kembara Ramadan
Prihatin Bersama
MAIWP pada hari ini, Turut diadakan penyerahan Sumbangan
Baju Melayu dan Baju
Kurung Raya Prihatin, Sumbangan Tunai Prihatin kepada
penunggang e-hailing terdiri
danpada penghantar makanan Grab Food, pemandu teksi,
Persatuan Gerak Wanita
islam Malaysia (GerakWanis), Pertubuhan Badan Amal Warga
Asnaf Malaysia
(BAWA) dan penerima daripada Rumah Titian Kaseh yang
berlangsung di Masjid
Azzubair lbnul Awwam, Cheras, Kuala Lumpur yang telah
disempurnakan oleh Tan
Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP.
“Selain itu, warga asnaf seperti pemandu dan penunggang e-hailing, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga perlu diberi perhatian, dan disantuni kerana mereka turut terjejas, dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” tambah Dato’ Mohd Aizuddin.
Jelas beliau, ‘Kembara Ramadan’ yang dilaksanakan
bersama-sama MAIWP hasil kolaborasi strategik ini dapat menzahirkan
keprihatinan, dan menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) kepada masyarakat
setempat, sekali gus mengurangkan beban, serta berbakti kepada warga asnaf di
sekitar Wilayah Persekutuan.
Manakala Pengerusi MAIWP, Tan sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, "Pemberian
sumbangan pada hari ini menunjukkan keprihatinan, amanah dan
tangqungjawab
yang diberikan kepada MAIWP telah dilaksanakan melalui
PRIHATIN dengan
pengurusan dan penganjuran programn Kembara Ramadan Prihatin
yang
memperlihatkan banyak golongan asnaf di Wilayah Persekutuan
dibantu dan
disantuni apabila mereka menerima sumbangan Baju Raya, ayam
segar dan
sumbangan tunai yang boleh meringankan beban mereka terutama
menjelang
yang Aidilfitri."
PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasakan melalui program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama-sama agensi kerajaan, mahupun NGO. Dengan kolaborasi strategik bersama-sama MAIWP ini, PRIHATIN mensasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengannya, sambil membantu meringankan beban warga asnaf di Wilayah Persekutuan.
Yayasan Prihatin juga telah mengagihkan Sumbangan Ayam kepada Penduduk yang memerlukan untuk bekalan persedian Hari Raya.
Comments
Post a Comment