MAPIM BERSAMA KUMPULAN RABBANI DAN SELEBRITI LANCAR IKATAN PECINTA AL-AQSA SERTA PELANCARAN WAQAF MASJID AL AQSA

 

14 April Kuala Lumpur MAPIM hari ini melancarkan Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa ( KACA ).

NGO KACA Bertujuan untuk melibatkan para seniman dan selebriti tanah air untuk bersama menyokong perjuangan mempertahankan kesucian Masjid Al Aqsa yang kini diceroboh oleh zionis Israel.

Pencabulan zionis israel terhadap Masjid Al Aqsa memerlukan semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan berkaitan status masjid tersebut perlu terlibat mengukuhkan kempen melindungi Al Aqsa.

 

Kami menyeru semua seniman dan selebriti tanah air memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Masjid Al Aqsa. Adalah menjadi kewajipan semua selebriti menggunakan pengaruh mereka supaya isu pencerobohan zionis israel terhadap Masjid Al Aqsa dapat diberi perhatian oleh seluruh rakyat di negara ini.


 MAPIM sedang mengembleng tenaga bersama dengan para selebriti  yang dilantik menganggotai KACA untuk terlibat sama dalam pelbagai kempen yang dilancarkan. Sehingga ini sudah ada selebriti, seniman dan budayawan negara yang menyatakan kesediaan untuk menjadi anggota KACA antaranya juga adalah Kumpulan Nasid muda pelapis kepada Rabbani turut sama menyokong usaha ini. 

 


Melalui KACA, kami berharap para selebriti terlibat dalam gerak kerja jelajah penerangan, mengumpul dana Al Aqsa, menarik sokongan peminat , mengumpul tanda tangan, kempen boikot Israel dan kempen bantu murabitun Al Aqsa .



 Kami akan berusaha agar lebih ramai selebriti tanah air terlibat dalam kempen membela dan melindungi Masjid Al Aqsa. Jaringan selebriti akan diperiuaskan bagi mengukuhkan solidariti para seniman antarabangsa kepada perjuangan Palestin aan pembebasan Masjid Al Aqsa dalam wawancara yang diadakan baru baru ini. Daqmie adalah salah satu 


 Kami mengalu-alukan golongan seniman dan Budayawan untuk mengguna kemahiran mereka mengangkat keprihatinan dunia terhadap pencabuli zionis israel keatas Masjid Al Aqsa.


Di dalam salah satu acara yang dilakukan bersama pada masa yang sama iaitu Pelancaran Waqaf dan Infaq Al Aqsa menyeru semua pihak bersama sama membantu untuk memberi sumbangan untuk membaikpulih Masjid Al Aqsa yang dirasmikan Oleh  Dato Seri Jamil Khir Baharom Wakil kepada Perdana Menteri . 


Membela Masjid al-Aqsa harus menjadi perjuangan utama umat Islam kerana banyak dalil atau alasan yang terungkap dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW mengenainya.

 Masalah Masjid al-Aqsa berkisar di sekitar hak dan keadilan bukan sahaja buat kaum Muslimin sedunia, tetapi juga untuk seluruh kemanusiaan. Zionis Israel menjadikan perampasan masjid tersebut agenda terpenting atas alasan bumi Palestin ialah ‘bumi yang dijanjikan’.

 Keadaan di Masjid al-Aqsa kini kritikal. Agenda pengyahudiannya dan seluruh Baitul Maqdis sedang digerakkan oleh zionis Israel. Dalam keadaan yang sedia ada, kekerasan ke atas Masjid al-Aqsa terus dilancarkan.

 Zionis Israel tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa. Pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak diendahkan, malah pelanggaran terhadap hak manusia terus berlaku


Dato’ Seri Jamil Khir Baharom mewakili Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Dana Wakaf dan Infaq al-Aqsa. 




Disamping itu Cek Berjumlah RM 50,000 oleh Dagang Nexchange Berhad untuk MAPIM  Diserahkan oleh Dato’ Sri Syed Zainal Abidin kepada Cikgu Azmi.  Tanda sokongan keatas usaha memberi sumbangan untuk membaikpulih Masjid Al Aqsa disana. 



Beliau juga memberi Sijil kepada peserta yang memberi sumbangan 1 lot kepada Masjid Al Aqsa. 



Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Mohd Azmi Abdul Hamid semasa sidang media selepas pelancaran Dana Wakaf dan Infaq al-Aqsa. 

Dengan usaha ini diharap ia mampu untuk membantu untuk memabikpulih kerosakkan yang berlaku di Masjid Al Aqsa yang merupakan masjid penting untuk umat Islam di dunia. 




Video kebersamaan Kumpulan Rabbani menyanyikan lagu semangat dalam usaha membantu, menjaga dan memulihkan  Masjid AL Aqsa di Palestin. 




 







Comments