ANUAR ZAIN BERSAMA MEMBANTU MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE

 Shah Alam Penyanyi terkenal negara Anuar Zain bakal menjayakan kerjasama bagi membantu Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 anjuran NGO Syria Care.

Misi berkenaan akan bergerak ke tiga buah negara iaitu di Turki, Syria dan Lubnan.



Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 52, akan berada di Lubnan selama lapan hari mengikuti rombongan Syria Care bagi mengagihkan bantuan makanan kepada pelarian sepanjang bulan Ramadan ini. 

Terpanggil menyertai Misi kemanusiaan berkenaan, beliau terdetik untuk membantu pelarian yang bertahun-tahun lamanya berhadapan dengan kesukaran hidup.


Anuar Zain juga telah melancarkan buku buku terbaik bagi mengisi ilmu dan amalan kebaikan sepanjang bulan Ramadhan. 


(Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syria Care Siti Sakinah Meor Omar Baki )

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syria Care Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, Anuar merupakan selebriti yang dilihat memiliki pengaruh besar dalam masyarakat dan dapat membantu pelbagai misi kemanusiaan termasuk anjuran Syria Care ini.


“Anuar bukan sahaja sekadar merasa sedih dengan nasib pelarian di sana tetapi sanggup turun padang,” katanya lagi.




Syria Care menyasarkan berjaya mengumpul dana sebanyak RM225,000 bagi membantu lebih kurang 1,000 keluarga di negara berkenaan. 



Syria Care dan Anuar Zain juga telah melancarkan Code Derma dengan teknologi baru memudahkan orang ramai untuk mencari info dan derma kepada Syria Care. Dengan adanya kaedah ini ia akan menarik minat lebih ramai untuk memberi sumbangan. 



Ini adalah contoh Barang Keperluan yang akan didermakan kepada mangsa pelarian di Syria bagi menampung kehidupan mereka disana. 




Akhir kata untuk anda menderma dan menyumbang khususnya menaja set iftar serendah RM15 atau pek makanan kering bernilai RM150 boleh berbuat demikian melalui pautan khas Anuar Zain iaitu

 donate.syriacare.org.my/order/form/oderfood/anuarzain. 
atau no akaun seperti tertera diatas










 

Comments