Fitri Haris mengadakan Iftar Rewang dan Membantu adik adik di Buku Jalanan Chow Kit

 

CHOW KIT, 17 APRIL 2022 - Sebuah program yang dinamakan sebagai Rewang Iftar

bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit telah pun dilaksanakan melalui

kerjasama di antara PhilMac Plus, PhilCare dan Buku Jalanan Chow Kit sempena

menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Program ini bertujuan untuk

menyantuni golongan rentan dengan menjalankan aktiviti gotong-royong memasak dan

pengagihan makanan kepada 65 buah keluarga yang telah berdaftar di bawah komuniti

Buku Jalanan Chow Kit.


Inisiatif sosial seperti ini harus dipupuk oleh segenap lapisan masyarakat agar golongan

yang kurang berkemampuan dapat menikmati juadah yang istimewa.Ianya secara tidak

langsung dapat menggalakkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat

setempat malah turut dapat membantu memurnikan ikatan silaturahim tanpa mengira

status sosial dan ekonomi.





Selain usaha merapatkan ukhwah melalui aktivit-aktiviti yang dijalankan bersama

seperti gotong-royong memasak, program turut mengambil peluang mendekati

golongan muda melalui aktiviti Jalinan Kasih bersama anak-anak komuniti Buku

Jalanan Chow Kit.



Program ini turut disertai oleh Dr. Fitri Haris yang merupakan pengasas bersama

PhilMac Plus. Beliau merasa sangat berbesar hati untuk bersama-sama turun padang

dalam membantu penyediaan juadah berbuka untuk anak-anak serta komuniti setempat

Buku Jalanan Chow Kit. Pada masa yang sama, beliau turut mengambil peluang untuk

meraikan anak-anak komuniti Buku Jalanan Chow Kit dengan menghadiahkan

buku-buku bacaan Islami dan makanan nutrisi tambahan kepada anak-anak tersebut.

Walaupun Malaysia kini telah berada di fasa endemik akibat wabak COVID-19 namun

begitu, ianya telah menjadi satu kewajiban bagi kesemua masyarakat setempat untuk

memastikan kesihatan dijaga di peringkat optimum. Menurut Dr. Fitri Haris, beliau

percaya masyarakat harus bersama-sama dalam usaha memastikan anak-anak dari

golongan rentan ini turut mendapat hak yang sama seperti anak-anak seusia mereka

tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka. 


Nectar C merupakan makanan

tambahan yang kaya dengan keperluan asas seperti serat dan vitamin A, D, E, K dan C

yang baik untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak. Malah, kandungan 7 buah beri,

buah delima dan prun juga sangat penting dalam membekalkan tenaga supaya mereka

dapat kekal sihat, aktif dan cergas.




Ayuh bersama-sama Dr. Fitri Haris dalam misi memberikan nutrisi terbaik buat

anak-anak kurang berkemampuan di Malaysia menerusi ‘Kempen Kita Kuat’. Moga

melalui usaha murni ini dapat menarik minat lebih ramai masyarakat setempat untuk

bersama-sama dalam membantu anak-anak golongan rentan ini untuk merasai hak

nutrisi yang sama seperti kanak-kanak lain.



Bangunan Kedai Buku Jalanan ini terletak di atas restoran ini di Chow Kit akan datang dengan sumbangan dari anda juga mereka akan cuba mengambil restoran dibawah serta keseluruhan bangunan ini untuk lebih membantu kanak kanak jalanan yang memerlukan di tengah tengah hirup Kota Kuala Lumpur yang mencabar ini. 


Jika anda ingin memberi Sumbangan Bolehlah salurkan ke no akaun Persatuan Kami dibawah bagi sama sama membantu menjayakan kempen Kedai Buku Jalanan ini. 

PERSATUAN CAKNA FILANTROPI MALAYSIA ( PHILCARE ) 

Bank Acount: 555171544194 

Bank Name: Maybank Registration Number: PPM - 015 - 05 – 02092021


Anda juga boleh Scan di Aplikasi QR ini untuk memudahkan lagi untuk  memberi Sumbangan Semoga Allah permudahkanlah rezeki dan tujuan yang baik ini. 

 



Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pengurus Projek,berkenaan kempen ini

Nurul Amira Izzaty binti Horsali 

ditalian +6019 - 302 6383




 

Comments