BUFFET RAMADHAN HOTEL TANERA " BERKONSEPKAN BALIK KAMPUNG "
BANGI, 5 April 2022 – Hotel Tenera kini menawarkan kepelbagaian menu bufet Ramadan bertemakan
Balik Kampung bermula pada 4 hingga 30 April 2022.
Seperti biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya
menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap,
tempatnya yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga.
Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dilupakan adalah Kari KepalaIkan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi.
Selain itu, antara
lain 100 menu hidangan bertemakan Balik Kampung hasil air tangan
eksekutif cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul ini turut disediakan adalah
Ayam Hot Peri-Peri ‘Yaribaaa’, Seafood Goreng ‘KAVA’, Pasta World, Seoul Seoul
Hot Noodle, Gerai Roti Didi And Pren, Picolomondo Pizza, Yong Tau Foo dan Sup
Gear Box Kampung Utara.
Tidak dilupakan juga Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, Goreng-Goreng Mak Tom, Abe Keropok, aneka mi goreng dan roti serta banyak lagi.
Kepada peminat masakan Cina, hidangan istimewa Dim Sum Bunga
yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas.
Tema Balik kampung kali ini juga turut menghidangkan aneka pencuci mulut seperti Cendol Sawit Tok Ram, Apam Balik Moden, Kuih Serabai, Tepung Pelita, Talam Keladi, Bubur Semanis Awak, Bakar Bijan, serta pelbagai jenis aiskrim.
Sungguh ‘mewah’ aneka juadah yang disajikan namun harganya
tetap berpatutan. Bufet Ramadan 2022 bertemakan Balik Kampung di Grand Ballroom
Hotel Tenera ini menawarkan harga RM118 seorang.
Istimewa Ramadan kali ini, Hotel Tenera telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu
Pes Masakan. Pes masakan ini terdiri daripada Pes Sambal
Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis. Semua pes ini
digunakan dalam hidangan masakan Bufet Ramadan pada tahun ini. Sepanjang
Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa potongan 10% diskaun untuk setiap
pembelian Pes Kombo yang harga asalnya RM35.
Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej ‘Ramadan Stay
And Dine’ di sepanjang Bulan Ramadan ini. Pakej ini meliputi penginapan bilik
berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk 2 orang.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian :
03-89299600 atau whatsap 0193854796/019-3592796.
Jangan lupa layari facebook/Instagram :
hoteltenerabangi













Comments
Post a Comment