RABBANI LANCAR SINGLE VIDEO KLIP TERBARU " HUSNUL KHATIMAH " BERSAMA GARAM SASA SERTA MERAIKAN MAJLIS IFTAR RAMADHAN DEWAN DSAJI
Kuala Lumpur 4 April 2022, Kumpulan Nasyid popular tanah air ,Rabbani telah melancarkan single dan video klip terbaru berjudul “Husnul Khatimah “ pada majlis yang diadakan di Dsaji ,Dewan Perdana FELDA.
Dewasa : RM 98.00++/ pax
Kanak Kanak : RM 58.00++/ pax
Alhamdulilah dengan ini Kumpulan Rabbani telah berjaya melancarkan Klip Video terbaru mereka yang berjudul Husnul Kahtimah . Anda boleh saksikan klip video ini di You Tube Channel Rabbani Production.
Husnul Khatimah merupakan single terbaru daripada kumpulan Rabbani dan GARAM SASA telah menjadi penaja kepada single dan video klip ini.
Turut hadir pada acara pelancaran ini ialah pimpinan penaja
Garam Sasa,komposer Hafiz Hamidun,Daqmie,Sufian Saujana dan ramai lagi termasuk
wakil NGO NaurahCare .
Strim sekarang : https://bfan.link/husnul-khatimah
Pengarah & Editor : Rasyid Amir
Artis : RABBANI
Senilagu : Hafiz Hamidun
Senilirik : Fedtri Yahya
Susunan muzik : Wan Saleh
Studio Rakaman : Arteffects Studio
Mixing : Greg Henderson
Mastering : Hafiz Hamidun
Penerbit : Hafiz Hamidun & Mohd Asri Ubaidullah
Penerbit Eksekutif : Rabbani Productions (M) Sdn Bhd
Lirik “Husnul Khatimah”
“Tiada yang mudah
Itulah kehidupan
Rintangan, halangan, cabaran
Tak berhenti
Terkadang teguh iman
Terkadang hilang arah
Bersaksi air mata
Merawat hati yang bernoda
Kerana kita hamba penuh dosa-dosa
Mujahadah dan mencari husnul khatimah
Tiap detik, tiap langkah dipenuhi pengharapan
Keampunan, agar mati penuh mulia
Kerana kita hamba penuh dosa-dosa
Mujahadah dan mencari husnul khatimah
Moga ada kesempatan menjejaki jalan pulang
Maghfirah dariNya ke akhir usia
(Rahmat dan redha-Nya
Rahmat dan redha-Nya)
Segala yang indah
Cuma ada di sana
Ketika bertemu Pencipta
Maha Esa
Dunia hanya pinjaman
Tiada yang berkekalan
Bersaksi air mata
Merawat hati yang bernoda “
Anda juga boleh melayari link dibawah ini untuk melihat perkembangan terbaru kumpulan Rabbani
https://www.facebook.com/rabbanigroup
https://www.instagram.com/rabbani_off...
Comments
Post a Comment