PENGIKTIRAFAN GALERI KEBUDAYAAN YANG PERTAMA ASEAN MEMAPARKAN 3,388 DIORAMA BUATAN TANGAN DAN KARYA SENI YANG UNIK
KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025 — Galeri Kebudayaan WCO melalui WCO Holdings Sdn. Bhd, telah mencipta sejarah sebagai Galeri Kebudayaan pertama di ASEAN yang diiktiraf kerana memamerkan koleksi luar biasa sebanyak 3,388 diorama buatan tangan dan karya seni unik. Pengiktirafan ini bukan sahaja menubuhkan galeri tersebut sebagai pusat kebajikan seni budaya tetapi juga sebagai platform penting untuk menggalakkan keharmonian budaya di Malaysia.

“Pengiktirafan ini adalah satu pencapaian besar dalam usaha pihak WCO memartabatkan seni budaya serantau dan memastikan warisan ini terus hidup dalam kalangan generasi yang akan datang. Kami komited untuk terus menyediakan ruang dan peluang kepada penggiat seni budaya di luar untuk menyemarakkan identiti budaya di Malaysia dan ASEAN khasnya sekaligus membentuk perpaduan kaum dan saling memahami antara masyarakat ASEAN,” ujar Encik Foo Loke Kee, pengasas Galeri Kebudayaan WCO.
Majlis penyerahan sijil ini melibatkan ASEAN Book of Record (ABR) sebagai Galeri Kebudayaan pertama ASEAN memamerkan 3,388 diorama buatan tangan dan karya seni unik untuk memelihara Kebajikan dan menggalakkan keharmonian budaya atau “ASEAN'S First Cultural Gallery Showcasing 3,388 Hnadcrafted Diorama & Unique Art Pieces to Preserve Heritage and Promote Cultural Height. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan juga Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha Galeri Kebudayaan WCO dalam mempromosikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Pameran ini menekankan pentingnya memelihara dan mempromosikan kekayaan seni budaya Malaysia sebagai aset pelancongan yang penting agar masyarakat, terutamanya generasi muda, terus berusaha memelihara seni, budaya dan warisan ini agar ianya terus berkembang dan dihargai oleh generasi akan datang selain dapat menarik perhatian pelancong, pengkaji budaya, dan peminat seni diorama dari dalam dan luar negara.
Sebagai galeri kebudayaan pertama yang menerima pengiktirafan seumpama ini, Galeri Kebudayaan WCO berhasrat untuk terus memperkasakan pemeliharaan seni dan budaya, serta memperluaskan lagi koleksi diorama dan kraf buatan tangan untuk memastikan warisan budaya ASEAN kekal relevan dan dihargai di peringkat antarabangsa.
Selain itu, Galeri Kebudayaan WCO telah mendapat pelbagai pengiktirafan oleh pelbagai agensi dan jabatan dalam membantu program serta aktiviti seperti ASEAN Haritage Train dan program Pelancongan Budaya, oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya (MOTAC) dan Malaysia Book Of Record (MBR) bagi kategori Pusat Pertama Diorama Buatan Tangan Melalui Silang Budaya Malaysia-China atau First Cross–Cultural Centre014 September 2.
Comments
Post a Comment