Lebih 103 Pelajar IPTA Menerima Skim Dermasiswa Dari Yayasan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur 16 Januari 2025 Yayasan Wilayah Persekutuan telah Mengadakan Acara Penerimaan Bantuan Dermasiswa kepada 103 Pelajar IPTA yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis ini telah diadakan di Ruang Mayor Courtyard , Tangsi, Kuala Lumpur.

Skim ini merupakan inisiatif YWP untuk membantu pelajar cemerlang yang layak melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA.  Ia bertujuan mengurangkan beban kewangan mereka, termasuk wang sara diri serta yuran pengajian, agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pencapaian akademik.

Dengan jumlah bantuan keseluruhan sebanyak RM257,000, setiap penerima menerima sumbangan secara terus antara RM2,000 hingga RM3,000. Bantuan ini bukan sahaja mengurangkan tekanan kewangan keluarga pelajar tetapi juga menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Dr Abdul Basir V. Kunhimohamed pada majlis penyerahan Skim Dermasiswa IPTA-YWP berkenaan.




Turut hadir bersama dalam acara ini ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju menggabungkan Ahli Lembaga Amanah YWP, Zahir Hassan serta Wakil Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Nur Qistina Md Yusof dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Muhamad Mustafa Ghazanfar, Rohani binti Hussin, turut hadir selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP.


Penerima-Penerima Dermasiswa IPTA YWP diseru untuk menggunakan bantuan ini sebaik-baiknya dalam menimba ilmu dan membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. 


Sejak penubuhannya pada tahun 1986, YWP terus komited dalam menyokong inisiatif pembangunan sosial, pendidikan, dan kebajikan Sejak bantuan ini diadakan Ia telah memberi kesan positif kepada masyarakat dan Malaysia amnya. 


Beserta dalam majlis tersebut, telah diberi penghargaan kepada pihak yang membantu menjayakan skim ini, kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Pengurusan Zakat (PPZ), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Selain penyerahan dermasiswa, YWP turut menyampaikan bantuan di bawah Skim Prihatin, iaitu bantuan khairat kematian kepada waris yang menjadi ahli skim tersebut.  Skim yang dilancarkan sejak 2012 ini bertujuan mengurangkan beban waris dalam menguruskan pengebumian jenazah dan urusan berkaitan di mana seramai 4,621 telah diberi bantuan. 


Terkini, seramai 15 waris menerima sumbangan berjumlah RM13,500. Ia adalah tanda sokongan dan keprihatinan Yayasan Wilayah Persekutuan terhadap keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Comments