MAJLIS IHSAN MADANI PENUH MERIAH- DENGAN PROJEK BAIK PULIH RUMAH ASNAF,SKIM BANTUAN AWAL IPT, BANTUAN KHAS & BAKUL MAKANAN DAN PROGRAM KESIHATAN KASIH MADANI PERINGKAT BANDAR TUN RAZAK

Kuala Lumpur 22 Februari 2025, Yang Berhormat Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah meghadiri acara Majlis Ihsan Madani-Projek Baik Pulih Rumah Asnaf,Skim Bantuan Awal IPT ,Bantuan Khas dan Bakul Makanan Parlimen Bandar Tun Razak.


Acara ini merupakan kerjasama antara beberapa pihak seperti Yayasan Wilayah Persekutuan, Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP),Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) WP Bandar Tun Razak,Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan lain-lain.

YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut meluangkan masa menziarah Puan Rokiah,salah seorang penduduk yang uzur sakit. Dimana Yayasan Wilayah dan Rumawip membantu dalam projek baikpulih rumah beliau . YB Dato Seri Dr Wan Azizah bersama tetamu kehormat dan Para Media bersama melawat dan menziarahi rumah Puan Rokiah. 


Dibantu oleh syarikat usaha murni Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan dan bersama syarikat korporat yang lain bekerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ia memudahkan bagi mengenal pasti rumah-rumah yang boleh diperbaiki di sekitar khususnya dalam Parlimen Bandar Tun Razak. 


Pada majlis ini juga sembilan orang pelajar telah menerima Skim Bantuan Awal untuk melanjutkan pelajaran di IPT dari Yayasan Wilayah Persekutuan. Dengan Sumbangan sebanyak RM700 setiap orang. Skim ini merupakan bantuan secara one-off untuk pelajar IPT memulakan pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS.


Selain itu, seramai tiga (3) individu juga akan menerima Bantuan Perubatan Yayasan Wilayah Persekutuan berdasarkan keperluan pesakit. Skim ini Juga adalah secara one-off untuk mengurangkan beban kewangan pesakit bagi menerima rawatan, ubat-ubatan, serta perkhidmatan kesihatan yang diperlukan.




Seramai 100 orang penduduk di Desa Tasik turut menerima bantuan Bakul Makanan MADANI daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).Mereka juga ada yang menerima sepasang baju raya. Ia diadakan di Dewan Masyarakat Desa Tasik. Lebih 2000 orang yang hadir dalam Acara yang diadakan ini terdiri daripada penerima bantuan, penduduk , para jemputan, pengamal media dan peniaga.






 Turut diadakan adalah pameran dari NGO dan Rawatan Kesihatan Percuma kepada tetamu yang hadir. Ucapan disampaikan oleh YB  Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dalam dewan dihadiri oleh lebih 2000 orang. Selaku Ahli Parlimen Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak ini. Penduduk yang hadir berpuas hati dengan acara yang diadakan. Beliau juga berperanan penting dalam menjayakan dan membantu penduduk di sini.  


Antara yang hadir pada acara ini ialah D atuk Azman Abidin(Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri),Dr Abdul Basir bin V Kunhimohamed (Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan ),Datuk Rizalman Dato Mokhtar(Pengerusi Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan) ,Tuan Haji Firdaus Muhamad(Pengurus Negeri Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Wilayah Persekutuan Polis Kuala Lumpur,Tuanurus. MPP Bandar Tun Razak)


Yang Berhormat Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengharapkan acara sebegini diteruskan lagi di seluruh kawasan Parlimen Bandar Tun Razak ini. 

Comments