Kuala Lumpur 15 Februari 2025 Majlis Pelancaran Bufet Ramadhan 2025 sempena penjenamaan semula Restoran Puteri di Sungai Penchala kepada Restoran Primadona. Ia menyajikan menu & suasana berbeza kepada pengunjung dengan masakan dari Chef yang hebat. Restoran Primadona akan menyediakan majlis berbuka puasa & persembahan tradisional disepanjang Bulan Ramadhan ini. Terdapat pelbagai kemudahan Parkir, ruang solat yang luas. Restoran Primadona Menyajikan pelbagai menu Istimewa terutamanya Menu tradisional ala kampung.
Acara dihadiri oleh Dato Habsah Hassan Sebagai pemilik utama Restoran Primadona ini. Turut hadir beliau turut mengundang artis veteran seperti Dato Fauziah Nawi, Norliah Ghani & kehadiran istimewa Rusdi Ramli dalam acara pembukaan ini. Ada juga artis yang akan membuat persembahan sepanjang buffet Ramadhan dijalankan ia adalah sesuai dengan konsep restoran yang mengangkat primadona negara menjadi satu majlis. Pada majlis tersebut beberapa artis veteran melukiskan Violin yang sungguh indah. Menghidupkan suasana makan malam sepanjang rebiu buffet Ramadhan tersebut.
Turut hadir juga adalah beberapa artis terkenal ,Keluarga dan saudara pemilik restoran, Para pengamal media dan tetamu terhormat telah memeriahkan suasana majlis yang diadakan. Kehadiran mereka dengan mengenakan busana tradisional kurung lama memberikan suasana ala kampung & nostalgia buat Semua yang hadir. Pelbagai lapisan umur tak kira tua atau muda datang ke Acara Restoran Primadona pada malam itu.
Persembahan istimewa dari gesekan biola membawa suasana tenang & klasik bagi yang hadir. Ia telah menyimpan kenangan lama semangat baru. Suasana di Restoran Primadona begitu selesa, besar & tempat duduk di pelbagai ruang memberikan pilihan kepada pengunjung untuk menjamu makanan dan memilih makanan bersama ahli keluarga. Menjamu makanan berbuka puasa pada bulan Ramadhan ini berasama keluarga atau kawan-kawan dengan suasana yang begitu ceria, harmoni dapat memberi pengalaman yang bermakna.
Acara diteruskan dengan sesi pemotongan pulut kuning , untuk Acara utama menandakan pembukaan Restoran Primadona dan Buffet Ramadhan. Ia disertakan dengan doa selamat semoga ia membawa berkat dan kejayaan . Serta dipeemudahkan dan memperoleh rezeki yang berkah . Kemudian sesi bergambar bersama kepada tetamu yang hadir turut sama tidak melepaskan peluang untuk dijadikan kenangan dalam sebuah potret indah.
Kepada yang ingin berbuka puasa disini pada bulan Ramadhan ,bolehlah membuat tempahan awal atau datang terus ke Restoran Primadona ini di lokasi Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman , Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Dengan suasana yang indah dengan disajikan pelbagai menu pastinya ianya berbaloi , dengan 5 jenis pelbagai nasi , serta menu Kambing Bakar, Aneka Lauk, Pelbagai jenis pilihan Air, serta pencuci mulut pastinya ia memberi kepuasan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan rakan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah berbuka puasa di restoran promosi ini.
Pakej Buffet Ramadhan 1 Orang
Dewasa : RM 62
Warga Emas : RM 55
Kanak Kanak : RM 35
Tarikh & Masa :
2 - 28 March 2025
6.00 Petang - 10 Malam
Lokasi :
Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman ,
Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur.
Comments
Post a Comment