MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN MURID-MURID TINGKATAN 5 DI SMK BANDAR TASIK SELATAN
25 Februari 2025- SMK Bandar Tasik Selatan: Seramai 282 murid daripada hampir 3,000 orang murid di semua sekolah menengah harian di Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan persekolahan berbentuk sebuah beg sekolah, set peralatan alat tulis dan sumbangan wang tunai. Sebelum ini satu majlis penyerahan sumbangan persekolahan telah diadakan di Dewan Mastika Institut Latihan Dewan Bandara Kuala Lumpur yang melibatkan semua sekolah rendah dan menengah dan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak yang telah memperuntukan sebanyak RM450,000.00 bagi menjayakan program Back To School yang merupakan antara acara tahunan yang diadakan setiap kali tiba musim cuti persekolahan.

Turut hadir pada majlis hari ini iaitu YBhg Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, En Nazri bin haji Husin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar dan Pudu, En Saifulizan bin Harun, Pengurus Besar Yayasan Gerbang, Tuan ACP Aidil bin Bolhassan, Ketua Polis Daerah Cheras dan Puan Zahura bin Md Amin, Pengetua SMK Bandar Tasik Selatan.

SMK ALAM DAMAI
SMK ORKID DESA
SMK SG BESI
SMK BANDAR TASIK SELATAN
SMK DESA PETALING
Sebelum ini semalam beliau telah menyantuni pergi ke 2 buah sekolah Iaitu SMK ALAM DAMAI dan ORKID DESA. Manakala pagi tadi beliau sempat ke sekolah SMK DESA PETALING dan seterusnya ke SMK SUNGAI BESI. Jumlah penerima untuk 4 buah sekolah adalah 600 orang murid.

Program ini diadakan adalah khusus kepada semua murid tingkatan 5 di 10 buah sekolah dalam Parlimen Bandar Tun Razak. Ia adalah ilham dari keperihatinan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dato Seri Wan Azizah bin Wan Ismail. untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Untuk makluman hampir 3,000 pelajar dari sekolah rendah dan menengah telah dibantu. ia adalah program bertujuan meraikan murid murid dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk memulakan sesi persekolahan dan meringankan beban ibubapa. Program ini amat memberi penghargaan dsn sokongan kepada masyarakat di parlimen ini.
Beliau yakin dalam ucapannya untuk para penerima sumbangan pada hari ini dimana dari kalangan pelajar yang cerdik dan pintar. Jadi belajarlah bersungguh sungguh sehingga Berjaya. Tanggungjawab untuk menentukan masa depan anak-anak bukanlah hanya semata-mata terletak pada bahu pendidik sahaja, ibu bapa dan pelajar perlu dibekalkan dengan usaha yang gigih dan disertai dengan doa dan tawakkal adalah ramuan untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Kepada anak-anak yang bakal mengharungi sesi persekolahan pada tahun 2025, ini beliau memesan supaya Para Pelajar dapat mengkukuhkan semangat, serta meningkatkan motivasi serta perkemaskan jatidiri agar kekuatan sentiasa berada di sisi. Jangan mudah mengalah kepada kesulitan hidup, dan teruskan berjuang hingga Berjaya jelas beliau.

Comments
Post a Comment