𝗠𝗬𝗕𝗛𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗖𝗔𝗥𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗠𝗨𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗠𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗦

Kuala Lumpur 3 Februari 2025 - Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Menyambut baik keputusan Kerajaan untuk melaksanakan kadar caruman kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang lebih rendah sebanyak 2% bagi pekerja asing, Langkah ini dilihat sebagai usaha progresif dalam menyokong daya tahan perniagaan tempatan ,terutama dalam sektor hospitaliti, ketika ditengah-tengah kos operasi yang semakin meningkat. 

Namun demikian, MyBHA ingin menyeru kerajaan supaya memastikan pelaksanaan dasar ini disusuli dengan tegas terhadap penyedia penginapan. tindakan jangka masa pendek (STRA) yang sering diambil atau menggunakan pekerja asing tanpa mematuhi peraturan buruk dan undang-undang negara amat merisaukan. Isu ini telah menimbulkan persaingan tidak adil dalam sektor hospitaliti dan mencetuskan cabaran besar kepada penyedia perkhidmatan yang mematuhi peraturan.


Penyedia penginapan jangka masa pendek (STRA) ini bukan sahaja tidak memenuhi syarat undang-undang, termasuk pembayaran cukai dan pematuhan standard keselamatan, tetapi juga menggaji pekerja asing tanpa dokumentasi yang sah atau mematuhi kadar caruman KWSP. Keadaan ini bukan sahaja mencetuskan ketidakadilan terhadap penyedia hotel yang sah tetapi juga memberi kesan negatif kepada daya saing sektor hospitaliti tempatan serta kutipan hasil negara serta boleh dijual atau menarik pelanggan dengan harga yang lebih rendah kerana kekurangan operasi yang perlu ditanggung berbanding hotel yang berlesen. 


Oleh itu, MyBHA menggesa pihak kerajaan untuk:

Menguatkuasakan Undang-Undang : Mengambil tindakan tegas terhadap penyedia penginapan jangka masa pendek (STRA) yang mengaji pekeja Asing tanpa pematuhan kepada undang-undang buruk sedia ada.

Pemantaun dan Pendigitalan :  menggunakan teknologi dalam sistem digital untuk mengesan operasi jangka masa pendek (STRA) atau apa-apa haram, terutamanya melalui platform dalam talian, yang menjadi medium utama promosi mereka.


Kolaborasi Antara Agensi :
Meningkatkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan Jabatan imigresen dan agensi berkaitan bagi memastikan operasi menyeluruh bagi membanteras aktiviti tidak sah ini. 

 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺:  Melancarkan kempen kesedaran untuk mendidik pengguna tentang risiko dan kesan penggunaan jangka masa pendek (STRA) atau apa-apa penginapan haram terhadap ekonomi negara dan keselamatan peribadi.


Sebagai organisasi yang memperjuangkan kepentingan Hotel bajet dan  perniagaan,  MyBHA akan terus bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan sektor hospitaliti berkembang secara mampan dan adil. Kami berharap isu penyedia penginapan jangka masa pendek (STRA) dan ketidakpatuhan ini dapat diselesaikan agar sektor ini dapat terus memberi sumbangan positif kepada ekonomi negara.








Comments