Sambutan Tahun Baru Cina DXN 2025 Penuh Meriah :DXN akan luaskan perniagaan di pasaran Amerika Latin,Benua Afrika dan Timur Tengah

 Kuala Lumpur, 2 Februari 2025 – DXN Malaysia telah mengadakan acara sambutan Tahun Baru Cina bertempat di pejabat utama DXN di Cyberjaya .Ia dihadiri oleh pelbagai Tetatmu jemputan serta pengamal media.Ia diadakan dengan penuh gilan gemilang dengan pelbagai ahli rakan kongsi perniagaan dari seluruh negara. 

Acara ini dihadiri oleh lebih 500 tetamu yang terdiri daripada tetamu VIP DXN seperti Tan Sri Johari Abdul(Yang Dipertua Dewan Rakyat),Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil(Bekas Menteri Pelancongan),Tan Sri M Kayveas(Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali(Presiden n Group Ceo Affin Bank),Dato Collin Chai(Penasihat DXN),pihak media dan ahli-ahli DXN .


Pengasas DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin turut hadir memeriahkan lagi majlis dengan ucapan terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepada produk-produk DXN dan membentangkan siri kejayaan perniagaan DXN di seluruh dunia.


Para tetamu turut dihiburkan dengan tarian singa, persembahan muzik tradisional, hidangan Yee Sang dan makanan tengahari di samping produk keluaran DXN.


Antara produk yang dipamerkan pada acara ini juga ialah Ganoderma DXN, Lingzhi Coffee dan DXN Spirulina serta rangkaian produk Ready to Eat yang baru, termasuk Nasi Lemak DXN dan Rendang DXN.

Dalam sesi bersama media Pengasas DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin membentangkan perkembangan terbaru DXN dalam dan luar negara.


Peru dan Bolivia antara negara yang mencatatkan penjualan produk DXN yang tertinggi manakala DXN telah meluaskan pasaran ke benua Afrika dan Timur Tengah antaranya seperti di Maghribi ,Algeria,dan Mesir 

Peru memiliki populasi sekitar 30 juta orang dan DXN telah mencatat jualan sehingga USD 12 juta sebulan manakala di Bolivia yang hanya mempunyai 11 juta penduduk, DXN telah meraih jualan sebanyak USD 6 juta sebulan. 

DXN juga terus memperluaskan pasaran produk di negara-negara Amerika Latin termasuk Brazil, Mexico, dan Argentina disamping akan turut melibatkan negara-negara Asean apatahlagi tahun 2025 ini Malaysia sebagai Pengerusi Asean dan menjelang Tahun Melawat Malaysia tahun 2026 nanti.  

Comments