“PELABURAN EMAS TIDAK WUJUD, PENGADU-PENGADU MENGESYAKI WANG PELABURAN EMAS MEREKA DILARIKAN OLEH INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB”
Kuala Lumpur 11 Januari 2025 Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah organisasi yang diasaskan untuk membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman.
MHO sebelum ini telah menerima aduan daripada lebih kurang 44 orang mangsa yang menyatakan di mana mereka menyatakan bahawa mereka telah ditipu dan diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan program pelaburan emas yang juga disyaki tidak wujud dan tidak sah berdaftar seperti mana yang diperuntukkan di bawah undang-undang. . di Malaysia. Akibat daripada masalah ini, kesemua mangsa tersebut telah mengalami kerugian berjumlah lebih kurang RM 1,095,307.00. Sasaran utama individu yang menawarkan program pelaburan ini adalah golongan wanita yang ingin mencari pendapatan sampingan dengan menyertai program pelaburan emas yang ditawarkan kepada mereka.
Individu ini telah mempromosikan pelaburan emas yang ditawarkan oleh beliau ini dengan menggunakan media sosial yang mana MHO percaya bahawa kaedah pelaburan yang dilakukan oleh individu ini adalah tidak berasaskan undang-undang yang telah diwartakan di Malaysia ini.
Tambahan kepada itu, selain daripada golongan wanita yang ramai terjebak dalam pelaburan emas yang tidak wujud ini, MHO melihat kebanyakan daripada peserta-peserta yang telah turut menyertai pelaburan emas ini adalah merupakan golongan-golongan yang telah berumur, hendak mencapai umur pencen kerana mereka percaya dan berpendapat dengan penyertaan yang ditawarkan oleh individu ini, mereka dapat memperoleh pendapatan tambahan dan / atau sampingan setelah mereka pencen kelak. Disebabkan itu, kebanyakan daripada mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan dengan harapan untuk menghasilkan pendapatan sampingan ini, namun begitu apa yang telah berlaku adalah wang mereka telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Oleh itu, tujuan sidang media pada hari ini dilakukan untuk menghantar kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan khususnya pihak Polis Diraja Malaysia untuk melakukan satu siasatan yang menyeluruh terhadap individu yang berkaitan ini kerana mangsa-mangsa ingin menyatakan bahawa program pelaburan yang disyorkan tersebut adalah tidak. wujud dan tidak sah.
Comments
Post a Comment