MYDIN LANCAR KONGSI MERIAH SEMARAKKAN SEMANGAT PERPADUAN

SUBANG JAYA, 16 JANUARI 2025: Sempena menjelangnya Sambutan Hari  Raya Tahun Baharu Cina, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)  melancarkan Kempen Kongsi Meriah bagi menawarkan promosi penjimatan,  peraduan menarik dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang kempen  berlangsung. 

Kempen yang berlangsung secara meriah tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Subang  Jaya, YB Michelle Ng Mei Sze di MYDIN Subang Jaya. Turut hadir pada majlis  tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad, Chan  Seng Fatt.


Antara peraduan menarik sempena kempen ini, 28 pelanggan bertuah hanya perlu  berbelanja serendah RM118 di mana-mana cawangan MYDIN dan berpeluang  memenangi hadiah menarik. Pengunjung juga berpeluang melihat persembahan tarian singa secara percuma. Selain itu, pemegang kad  MERIAH akan menerima baucar keseluruhan bernilai RM8,888 bagi jenama Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha's dan Sensodyne.


Signifikan dengan tahun ular, MYDIN dengan kolaborasi The Star turut  menampilkan permainan yang cukup menarik dan kreatif iaitu 'Snake Board Game' di mana peserta berpeluang untuk membeli baucar, kupon penjimatan dan pelbagai tawaran hebat melalui aplikasi MYDIN Rewards. Selain itu, 10  pemenang akan dipilih secara rawak daripada penyertaan tersebut dan akan memenangi 'Supermarket Sweep' bernilai sehingga RM8,880.


Bagi menggalakkan bayaran secara digital, MYDIN turut mengadakan peraduan XXTRA ONG di mana pelanggan yang mendaftar dengan aplikasi MYDINPay  untuk kali pertama akan menerima kredit sebanyak RM8. Selain itu, pengguna  MYDINPay sedia ada yang berbelanja minimum RM80 akan menerima pulangan  tunai bernilai RM8.


Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,  “MYDIN amat mengutamakan perpaduan dalam perniagaan, justeru itu,  kempen yang dijalankan ini bertepatan dengan matlamat memupuk semangat  kebersamaan dalam kalangan kaum di negara ini”.


Prihatin terhadap nasib mereka yang kurang bernasib baik, MYDIN melalui inisiatif  tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin dengan kerjasama Jabatan  Kebajikan Masyarakat Selangor turut menyumbangkan bantuan kotak makanan dan  baucar tunai kepada 500 penerima golongan B40 berbangsa Cina.


Kempen Kongsi Meriah 2025 berlangsung dari 1 Januari sehingga 12 Februari  2025. Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh  mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia :

www.mydin.my

 



Comments