"SERAHAN ADUAN MANGSA-MANGSA PENIPUAN SKIM PELABURAN MATA WANG FOREX DI LEMBAGA KEWANGAN LABUAN (LABUAN FSA) YANG MELIBATKAN KERUGIAN JUTAAN RINGGIT .
Kuala Lumpur 13 Januari 2025 pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah organisasi yang diasaskan atas dasar ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman matawang forex ini dilaburkan di indonesia,Singapura dan brunei.
Pihak MHO telah menerima 388 aduan daripada pengadu-pengadu di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei berkenaan masalah yang dihadapi oleh mereka setelah menyertai skim pelaburan perdagangan mata wang forex yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. Anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para pengaduini mencecah sehingga RM104,753,810.37. Skim pelaburan yang disyorkan oleh syarikat tersebut adalah berkenaan dengan satu skim pelaburan mata wang forex. Konsep dan modus operandi ini melibatkan sebuah syarikat yang mana telah dilantik sebagai broker pelaburan yang bertapak di Malaysia. Broker tersebut merupakan pihak yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat.
Pelaburan tersebut, telah disampaikan oleh seorang warganegara Rusia yang dikatakan mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam jual beli mata wang Forex dan aktif dalam mempromosikan serta mengadakan kelas-kelas di Malaysia. Antara individu yang terilibat bagi tujuan promosi skim pelaburan tersebut adalah terdiri daripada individu yang berwarganegara Malaysia, Indonesia serta Rusia.Setelah mendengar penerangan dan representasi mengenai skim pelaburan yang diberikan oleh individu-individu yang disyaki agen kepada syarikat tersebut, untuk mata wang forex tersebut. Mereka juga telah membuat pembayaran pelaburan bagi skim pelaburan itu. Namun begitu, MHO menyatakan bahawa tawaran-tawaran program skim pelaburan adalah tidak sah dari segi undang-undang kerana syarikat- syarikat tersebut gagal dan tidak mematuhi undang-undang yang telah berlaku diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal selia syarikat pelaburan di Malaysia ini.
Perkara yang menarik perhatian pengadu-pengadu untuk menyertai skim pelaburan ini adalah apabila mereka dijanjikan dengan tawaran pulangan yang menarik. Selain itu, terdapat bank-bank di Malaysia yang disyaki digunakan sebagai medium untuk menghantar wang ke luar negara bagi skim pelaburan tersebut. Tambahan pula, dalang-dalang ini juga aktif giat mempromosikan skim pelaburan mata wang forex ini di Indonesia, Singapura serta Brunei.MHO berpendapat bahawa Lembaga Kewangan Labuan (Labuan FSA) mempunyai bidangkuasa bagi melakukan siasatan terhadap skim pelaburan yang diiktiraf dikawalselia oleh Labuan FSA termasuklah pelaburan duit-duit yang disalurkan ke bank tempatan melalui syarikat berdaftar dengan Labuan FSA. Labuan FSA yang mempunyai peruntukan akta-akta khas baginya turut mempunyai bidangkuasa dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang berkuatkuasa .
Pengadu-pengadu yang datang bersama ke Labuan FSA, ini telahpun dibuat aduan repot polis dan sebahagian daripadanya telah membuka kertas siasatan dan disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan.
Oleh Yang demikian, tujuan sidang media pada hari ini dilakukan adalah untuk membawa pengadu bagi membuat aduan kepada Labuan FSA dan memohon siasatan serta tindakan denda dan jenayah dikenakan terhadap individu-individu serta syarikat yang terlibat dalam penipuan skim pelaburan mata wang Forex ini.
Pihak MHO telah berjaya mendapatkan kerjasama daripada mangsa-mangsa untuk hadir membuat persembahan sekaligus untuk mengadakan satu sidang media di Labuan FSA, Kuala Lumpur.


Comments
Post a Comment