Pertubuhan Insaf Malaysia Santuni Rakyat Memerlukan dengan Program Beras Amal Sekampit Beras Satu Keluarga

Kuala Lumpur 24 Januari 2025 Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf MALAYSIA (Insaf Malaysia) yang ditubuhkan secara rasmi pada 2009 pernah memperkenalkan Program Beras Amal Sekampit Beras Satu Keluarga yang menyasarkan Kepada golongan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan rumah kebajikan.  Menerusi data terkumpul, Insaf Malaysia berusia 16 tahun telah membantu lebih 431 rumah kebajikan serta lebih 1309 murid-murid Sekolah. Melalui Presiden dan Pengasasnya, Ishak Abdul Kadir berkata, program SBSK ini mulanya dibuat secara kecil-kecilan. Selepas melihatnya berjaya jadi kami teruskan setiap tahun. 

"Beberapa tahun terakhir sebelum Pandemik Covid-19, Pertubuhan Insaf Malaysia berjaya mengumpul 15 tan beras. Apabila berlaku Pandemik, kami sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan terpaksa hentikan. 

“Cadangnya saya adalah untuk mulakan semula tahun lepas, kami terpaksa  menunggu arahan semasa  Pandemik kerana banyak sekatan halangan disebabkan wabak yang merebak jadi pergerakkan ia terbatas . Namun saya buat juga tahun lepas secara kecil-kecilan namun tetap berjaya dapat memberikan bantuan walaupun tidak seberapa banyak. 

"Akhirnya tahun ini Insaf Malaysia bercadang memulakan semula program sekampit beras. Tahun ini kami nak perluaskan lagi kutipan untuk memberi lebih banyak bantuan yang memerlukan ," katanya.


Ishak berkata, objektif utama SBSK dibahagikan kepada tiga kelompok Utama laitu satu pertiga beras untuk program Dapur Insaf, satu pertiga untuk pelajar sekolah dan satu pertiga untuk OKU, warga emas dan lain-lain.

“Untuk Dapur Insaf, kita akan memasak untuk murid-murid sekolah dari jadual Isnin hingga Jumaat untuk memberikan makanan kepada 200 hingga 250 pelajar anak-anak yatim yang belajar di sekolah.

“la adalah program makan tengah hari di mana kami akan memberi murid sekolah makanan sebelum aktiviti  kokurikulum dan kelas sekolah agama.

“Dapur Insaf ini berada di Taman Seputeh untuk kawasan Kuala Lumpur dan Setiawangsa untuk  kawasan Gombak, ada juga di Ampang dan Pandan,” katanya.


Menurutnya, selain itu terdapat juga Dapur Insaf di negeri Pulau Pinang yang digerakkan sekitar empat atau lima tahun lepas.  "Jadi satu pertiga daripada kutipan beras ini adalah untuk kegunaan Dapur Insaf . Untuk sehari kami akan sediakan makanan untuk 750 orang di lokasi yang dinyatakan tadi.

“Program SBSK yang dibuat di sekolah-sekolah pula, selain menyediakan makan tengahari, kami turut menyediakan foodbank barangan makanan seperti beras (10 kg), minyak masak, kicap dan Lain-lain lagi.


"Dimaklumkan untuk mencari Beras sekarang ini sukar ditemui. Kalau ada pun dengan wang pun tak dibenarkan untuk individu membeli lebih daripada 2 hingga 3 kampit beras. Setiap kali orang memberi bantuan wang, bila nak membeli pula terpaksa dalam kuantiti yang terhad" kata beliau. Seperti contoh, sekiranya ingin membeli 300 kampit beras, ia tidak akan tercapai dan hanya boleh membeli beberapa puluh kampit sahaja pada satu-satu masa.

"Kalau ikutkan sasaran, saya harapkan mungkin tahun ini kita nak gandakan kutipan, kepada  30 tan. Jadi kutipan kita perlukan dalam 30,000 kilogram kapit beras. Saya harapkan semua kutipan ini akan diagihkan kepada tiga dapur utama iaitu di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


"Dengan itu Pertubuhan Insaf Malaysia telah mewujudkan tiga pusat kutipan beras  iaitu di Taman Seputeh, Taman Setiawangsa, di Kuala Lumpur dan Perda di Pulau Pinang. Kami akan sediakan khemah kanopi dan individu yang berminat memberi bantuan amal hanya perlu "drop off" beras di khemah kanopi tersebut.

"Pertubahan Insaf Malaysia juga meminta untuk penerima bantuan memberikan nama dan nombor telefon untuk memberi info mengenai bukti pemberian beras-beras ini kami sampaikan maklumat menerusi Aplikasi WhatsApp nanti," katanya.

Selain menghantar beras, Pertubuhan Insaf Malaysia turut memudahkan urusan orang ramai dengan  memperkenalkan pemindahan wang untuk bantuan amal menerusi Akaun dibawah , Jadi untuk yang ingin memberi bantuan boleh beri kepada no akaun dibawah.

QR Code akaun Maybank Insaf Malaysia

(562188306090)

"Semua kutipan akan dicatatkan kerana kami NGO yang ada pelepasan cukai akan menbuat audit sentiasa . Untuk  kutipan beras, ia bermula dari beras seberat 5 kilogram. "Kalau beri beras yang beratnya 10 kilogram, kita hanya boleh berikan kepada 10 orang. Kalau yang berat 5 kilogram, kita boleh beri kepada 20 orang. Cara ini lagi efisien dan terbaik serta memudahkan untuk dibawa pulang,Jadi ianya dapat memberi lebih banyak bantuan kepada yang memerlukan" katanya.


Menurut Ishak, program SBSK, Dapur Insaf pertama kali kami perkenalkan di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang.

"Ideanya bermula dari situ. Dimana Saya berikan beras 10 kilogram kepada murid-murid asnaf ini. Namun mereka  tidak boleh membawa balik beras itu. Kerana berat 10 kg ,  Jadi mereka akan suruh ibu atau bapa mereka datang ke sekolah untuk tolong ambilkan beras.

"Terkesan dari program tersebut, Jadi dari situlah peluang untuk ibubapa dapat berjumpa guru mereka . Selain ia dapat membina hubungan Ukhwah antara kakitangan sekolah dan pelajar serta dapat mengenal pasti masalah mereka.

"Untuk sekolah,Pertubuhan Insaf Malaysia menyediakan empat program sosial korporat (CSR) iaitu membekalkan cermin mata, memberi makan tengahari kepada golongan yang memerlukan anak yatim dan asnaf ,Bantuan  farmasi perubatan kepada pesakit dan foodbank ," katanya.


Insaf Malaysia juga akan mengadakan kerjasama dengan IRAMA Entertainment Komuniti Industri  Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) untuk membantu golongan penggiat seni yang banyak berjasa kepada masyarakat. 

"Pertubuhan Insaf Malaysia akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Presiden Irama,Tuan Ayob Abdul Majid bagi tujuan bantuan amal ini. Dimana Kami akan memberikan dalam 40 hingga 50 unit kampit beras bergantung kepada kutipan untuk mereka agihkan kepada golongan Sasaran. "iaitu satu pertiga daripada peruntukan untuk OKU , warga emas, dan golongan-golongan  lain yang memerlukan ," katanya.


Bercerita lanjut mengenai SBSK, Ishak berkata, biasanya setiap tahun bantuan akan dibuat pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.

"Pertubuhan Insaf Malaysia akan membuat kutipan sampai Hari Raya. Untuk yang masih terus membantu kami akan  teruskan kutipan kerana program ini berlangsung selama 12 bulan."Cuma kami ingin media wawarkan kerana kita sudah masuk Rejab kemudian Syaaban dan selepas itu Ramadan.

Setiap tahun Insaf Malaysia akan ada program dalam bulan puasa dimana ada program berbuka puasa, bubur lambuk dan pelbagai lagi.  “Sebelum Pandemik kalendar aktiviti kami rancak di mana 99.9 peratus adalah berkaitan kerja kebajikan. la merangkumi 40-45 peratus pelajar sekolah dan 20-25 peratus program orang asli ," kata Ishak.

Program bantuan amal ini akan diteruskan lagi semoga kami dapat membantu lebih banyak keluarga , individu yang memerlukan bantuan. Semoga ianya dipermudahkan . 



Comments