Kuala Lumpur, 16 Januari 2025 – Kerjasama selama hampir 10 tahun dalam perniagaan acara dan majlis di antara Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management telah mencetuskan Buffet Ramadan 2025 – From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 lalu menjadikan ianya direktori wajib cuba warga kota Kuala Lumpur.
Duo gabungan Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management dan Ahmad Anas B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services menjadikan pengunjung berbuka puasa dengan hidangan gastronomi menerusi pilihan menu dalam suasana eksklusif.
Tema, konsep, menu dan dekorasi Bufet Ramadan 2025 – Dari Jalan Kampung ke Jalan Ampang 2.0 menampilkan pelbagai hidangan tradisional Melayu dari seluruh negeri hampir 150 jenis. Antara menu yang ditawarkan kepada pengunjung dan merupakan sajian signatur ialah Gulai Kawah, Lauk Pauk Ala Kampung seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, Menu Warisan seperti Lempeng, Ubi Kayu Rebus, dan banyak lagi.
Menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lengkang dek panas ini dihasilkan oleh barisan chef yang berpengalaman dan mempunyai air tangan yang mampu menyempurnakan pengunjung berbuka puasa. Selain entusias selera, Merindu Savior dan Suri Catering turut berganding bahu dengan Lilit Pipit yang diterajui oleh Bisron Akhmal, Ketua Pegawai Eksekutif untuk menghasilkan dekorasi yang berteraskan klasik elegan malah berjaya melakukan transformasi Cornerstone IPC Jalan Ampang sebagai ruang dinamik dan kondusif. Lokasi Strategik untuk pengalaman berbuka yang unik Cornerstone IPC, Jalan Ampang dipilih sebagai lokasi acara kerana kedudukannya yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur, memberi peluang kepada warga kota yang merindukan makanan asal usul mereka dengan menikmati juadah tradisional ini.
Harga Berpatutan untuk Sajian Istimewa
Bufet Ramadan 2025 – Dari Jalan Kampung ke Jalan Ampang 2.0 menawarkan tawaran sebanyak RM49.00 kepada pengunjung kanak-kanak berusia 6 tahun hingga 12 tahun manakala warga emas dengan nilai RM69.00. Sementara itu Merindu Savior dan Suri Catering melancarkan harga promosi sebanyak RM103.90 di mana cas berkenaan ditawarkan kepada pengunjung yang membuat tempahan sebelum 28 Februari 2025. Namun begitu tempahan selepas 3 Mac 2025 setiap pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak rm 239.90.
Promosi
Tempahan Awal : RM 103.90 Seorang
Harga Normal : RM129.90 seorang
Dengan lebih 100 menu yang tersedia cas yang ditetapkan amat berpatutan sekaligus menjadikan momen buka puasa pengunjung sangat bermakna dan menggembirakan.Jangan lepaskan peluang untuk menikmati gabungan tradisi, rasa, dan kreativiti yang sempurna di Bufet Ramadan 2025 – Dari Jalan Kampung ke Jalan Ampang 2.0.
Comments
Post a Comment