Ujibakat Kucing Sebagai ”Cat Fashion Week” Bintang TV
Petaling Jaya, 5 Disember 2024 - Adakah kucing anda fesyen sebenar? Ini adalah peluang yang dinanti-nantikan kepada pencinta kucing! Kami sedang mencari kucing-kucing yang penuh gaya untuk melangkah di pentas peragaan dalam acara terbesar untuk pencinta kucing, Cat Fashion Week. Adakah kucing anda bersedia untuk tampil bergaya dan menonjolkan kehebatan fesyen mereka? Inilah masa untuk kucing kesayangan anda menjadi bintang di TV3!
Mulakan perjalanan kucing kesayangan anda menjadi bintang dengan hanya menghantar video pendek mereka memperagakan fesyen paling on point! Sertai uji bakat Cat Fashion Week bermula pada 29 November 2024 dengan cara yang mudah sahaja:
Rakam video berdurasi 1 minit kucing anda memperagakan fesyen terbaik mereka.
Hantar video tersebut menerusi e-mel ke :
contest@tv3.com.my
atau muat naik ke media sosial anda dengan hashtag
#CatFashionWeekTV3
Ini adalah peluang keemasan untuk si bulus anda menjadi bintang TV. Jadi, pastikan anda sertai uji bakat ini dan jadikan kucing anda simbol gaya dan kecantikan dunia fesyen kucing. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Disember 2024. Sertai sekarang dan berpeluang menjadi bintang di kaca TV.
Jika terpilih, kucing kesayangan anda akan melangkah ke peringkat seterusnya dan berpeluang mara ke Pentas Akhir Cat Fashion Week! Saksikan si comel anda ber “catwalk” di pentas peragaan kucing pertama yang akan disiarkan secara eksklusif di TV3.
Comments
Post a Comment