KONSERT GENKRU MELALUI TRIO ADIK BERADIK KRU BAKAL JADI SEBUAH LAGI SEJARAH EPIK MUZIK TEMPATAN AKAN GEGARKAN AXIATA ARENA
Kuala Lumpur 16 September 2024, Di Pavvilion Bukit Jalil. Satu sesi Sidang Media tergempar bagi Pelancaran Konsert GengKru Iaitu Kumpulan Trio Adik Beradik KRU Bakal Gegarkan Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil. Dengan segudang prestasi cemerlang pelbagai anugerah daripada berkredibiliti sehingga paling popular, laungan "ke tepi ke tepi. Gergasi sudah kembali adalah sangat signifikan untuk mempersembahkan satu-satunya trio legenda negara, KRU.
KRU, trio tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim mula menularkan virus dan revolusi muzik dengan irama pop dan hip hop di Malaysia pada tahun
Karya-karya KRU dari lagu Mengerti, Apa Saja, Fanatik, Generasiku, Awas, Gadis Jelita, Terhangat Di Pasaran, Janji Tingal Janji, Oh La La sehingga Di Dalam Dilema sentiasa lancar dinyanyikan masih mengukir di ingatan setiap peminat. Daripada hanya menyanyikan karya-karya KRU di bilik karaoke atau bilik mandi, buat julung kalinya ICON ENTERTAINMENT mencatatkan sejarah membawa KRU kembali menakluk semua peminat dengan sebuah konsert mega yang diluar jangka yang akan menemui peminat pada tahun hadapan 2025.
Adalah menjadi penghormatan buat ICON ENTERTAINMENT mempersembahkan KONSERT GENKRU kerana kredibiliti dan sejarah demi sejarah yang telah dicetak KRU sejak tahun 90-an sehingga membentuk gelombang muzik yang cukup mempengaruhi semua generasi kini Saya sebenarnya telah merisik mereka mulai 1 November 2022 lagi dan akhirnya pada September 2024, mereka bersetuju dengan pinangan saya. Jelas Iman Tang. Tidak ada janji yang ingin saya berikan kecuali anda akan rugi jika tidak menghadiri KONSERT GENKRU di AXIATA ARENA pada 3 MEI 2025 kerana ini merupakan penampilan sulung Norman, Yusry dan Edry selepas sudah sangat ranum dalam semua aspek industri hiburan selepas menyebarkan virus tanatik terhadap muzik tempatan yang mempunyai kualiti hebat setaraf muzik dunia, ujar Pengasas lCON HIBURAN,jelas Iman Tang.
Sementara itu, KRU menyambut baik penganjuran GENKRU sesuai dengan kembalinya mereka ke kancah hiburan nusantara selepas 33 tahun berada dalam industri muzik.Mermasarkan karya dengan judul Kaset yang mempunyai nostalgia tersendiri buat KRU dan Generasi yang membesar bersama karya-karya nebat mereka, KRU kini bersedia untuk memamerkan sebuah konsert mega selepas kali terakhir ia dipersembahkan di Istana Budaya menerusi Konsert GenerasiKRU25 pada Mei 2018.
“Selepas lebih enam tahun tidak membuat konsert berskala besar bersama KRU, kami menerima cadangan ICON ENTERTAINMENT menganjurkan KONSERT GENKRU kerana mempunyai misi dan visi yang sama dengan kami.
"KONSERT GENKRU bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi akan menjadi sejarah perjalanan lebih 30 tahun KRU dalam merevolusikan muzik setaraf dengan muzik Nusantara dan antarabangsa.
Enggan berkongsi butiran lanjut mengenai konsep dan persembahan yang dipamerkan pada KONSERT GENKRU, trio ini berikrar ia akan menjadi konsert epik pada tahun 2025 buat seluruh peminat muzik tempatan.
Harga tiket bermula dari kategori :
OOH!LA!LA! (RM258)
AWAS (RM358)
MENGERTI (478)
TERHANGAT DI PASARAN (RM508)
APA SAJA (RM548)
FANATIK (RM588)
Sebarang pembelian boleh layari :
Awas', jika anda Fanatik KRU, jangan sampai terlepas KONSERT GENKRU di Axiata Arena pada 3 MEI 2025. Jika tidak, hidup anda akan terus berada DI DALAM DILEMA' kerana terlepas sejarah hiburan terhebat di Malaysia.
ARTIS: KRU
ACARA: KONSERT GENKRU
LOKASI: ARENA AXIATA
TARIKH: 3 MEI 2025
MASA: 8.30 MALAM
PENGANJUR: HIBURAN IKON





Comments
Post a Comment