Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang, Sophia Ong dari Selangor, dalam Ballet Nights Kuala Lumpur

Kuala Lumpur 2 Disember 2024 Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong,14 tahun, akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur.

Sophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor’s. Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini. 


Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix Kuala Lumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi.



Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.



“Kami percaya bimbingan dan pendedahan yang bakal diberikan mampu membuka peluang, memberi impak positif, dan membentuk generasi baharu bakat tarian, sambil mentakrifkan semula pengalaman balet di peringkat global.,” kata Maria Sascha, Pengarah Pembangunan Artistik Asia Tenggara Ballet Nights.


Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America’s Got Talent dan Britain’s Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan. 


Musa juga memenangi Critics' Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam Peaky Blinders oleh Rambert.


“Ballet Nights KL juga menampilkan Constance Devernay-Laurence, bintang siri Netflix yang bakal ditayangkan berjudul 'Etoile', dan pemenang Critics' Circle UK National Dance Award 2023 untuk Persembahan Klasik Wanita Terbaik menerusi peranannya sebagai Swanilda dalam 'Coppelia' (Scottish Ballet); serta Jordan James Bridge, calon Artis Baru Critics' Circle UK National Dance Award yang namanya semakin meningkat sebagai seorang koreografer yang telah berkarya untuk English National Ballet. Kami turut teruja dengan kehadiran Mara Galeazzi, ikon The Royal Ballet, yang akan menyertai barisan persembahan nanti.” tambahnya.


Ballet Nights juga akan mengumumkan sebuah kerjasama yang dengan sebuah Organisasi Pemuliharaan terkenal di peringkat global, dalam masa yang terdekat ini. Nantikan butiran lanjut.


Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk).


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik. Ballet Nights adalah sebuah produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan balet klasik, neo-klasik, dan kontemporari -membawakan pengalaman yang imersif yang tentunya sukar untuk dilupakan oleh para penonton.


Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council, British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group, World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank.

Untuk maklumat lanjut Ballet Nights KL, layari

 www.balletnights.com/malaysia 

atau ikuti mereka di

 Instagram 

@InternationalBalletPLT

#balletnightskl

#balletnights

#britishcouncil


LONDON BALLET NIGHTS REVIEWS

Barisan Penari Ballet Nights Kuala Lumpur:

MARA GALEAZZI

Itali, Former Star Principal Ballerina of The Royal Ballet

MUSA MOTHA

Afrika Selatan, World Dance Star of America’s Got Talent, Britain Got Talent and Rambert Dance Company

CONSTANCE DEVERNAY-LAURENCE

Perancis, Former Principal Ballerina of Scottish Ballet and Star of the upcoming Amazon Prime TV Show ‘Etoile’

DENYS CHEREVYCHKO

Ukraine, Former Principal of Wienner StaatsBallet & International Guest Principal

SIENNA GOING

New Zealand, Ballet Nights Tutu Ballerina and graduate of the Academie de danse Princesse Grace in Monte Carlo. 

JORDAN JAMES BRIDGE

Great Britain, Star dancer of Studio Wayne MacGregor and Critics Circle Nominated Emerging Artist GUY SALIM Great BritainInternationally Touring Commercial Dance Star of STOMP Worldwide, Choir of Man, CATS The Musical, and Dancer with BTS, Black Eyed Peas, Coldplay, Tinie Tempah, Zara Larsson.

FELICITY CHADWICK

Great Britain, Ballet Nights Rising Star 

VIKTOR ERIK EMANUEL

Sweden, Ballet Nights House Concert Pianist and Resident Photographer

JAMIEL DEVERNAY-LAURENCE

Great Britain, Ballet Nights Founder, Artistic Director and Compère


MENGENAI BALLET NIGHTS

Ballet Nights, membawa tarian balet dan kontemporari bertaraf dunia yang menakjubkan penonton dari semua peringkat umur. Diasaskan oleh Pengarah Artistik Jamiel Devernay-Laurence, daripada persembahan mereka yang pertama di London pada tahun 2021 mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga kini, ia telah menjadi acara tetap dalam kalendar tarian semenjak pelancaran rasminya pada September 2023.

Asalnya dipentaskan di Cadogan Hall, Ballet Nights mempamerkan program dinamik yang menampilkan bintang balet global dan bakat kontemporari. Tempat duduk berhampiran pentas membolehkan penonton mengalami persembahan dari jarak dekat, meningkatkan penglibatan penonton —sesuatu yang jarang ditemui di teater tradisional.

Tahun ini, Ballet Nights mengembangkan namanya dengan persembahan di tempat baru seperti Ministry of Sound yang amat ikonik di kota London. Ballet Nights Brisbane juga telah dipersembahkan dimana tiket habis dijual pada September 2024, menandakan permulaan perjalanan global mereka. Pertunjukan ini dibentuk dan dipimpin secara unik oleh Jamiel Devernay-Laurence, yang memperkenalkan setiap aksi dengan pandangan sebalik tabir tentang karya yang dipersembahkan.

Comments