‘DONGENG SANG KANCIL’ IMAGINASIKAN SEMULA KARAKTER POPULAR CERITA RAKYAT DALAM SENTUHAN MODEN

 23 Disember 2024, Kuala Lumpur –Penerbit animasi terkemuka Malaysia, Les' Copaque Production, merupakan studio pelopor kepada filem animasi 3D Malaysia yang berjaya mengeluarkan animasi tempatan ke pentas global menerusi karya popular Upin & Ipin, terus melebarkan sayap kreatif dengan menghasilkan filem terbaru, ' Dongeng Sang Kancil'. 


Filem ini merupakan filem animasi tempatan pertama yang menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D. Menjadi satu-satunya filem animasi tempatan yang menemui penonton pada 2024. Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 26 Disember 2024. Ini adalah masa yang sesuai memandangkan cuti sekolah bermula.




Dongeng Sang Kancil menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa. Selain penceritaan yang penuh keterujaan dan menyeronokkan,serta visual berkualiti tinggi, filem animasi ini membawakan babak aksi yang mendebarkan. Naskhah ini menampilkan watak utama 'Sang Kancil', iaitu watak haiwan yang sangat popular dalam cerita-cerita rakyat sejak dahulu kala atas simbol kepintarannya dan kini diangkat ke layar perak untuk generasi baru. 


Menurut Penerbit Eksekutif Dongeng Sang Kancil merangkap Pengasas & Pengarah Urusan ”Les' Copaque”, Haji Burhanuddin Md. Radzi berkata, “Dongeng Sang Kancil merupakan Kisah seekor Kancil berwajah baru. Ia adalah Sebuah cerita dongeng rakyat terbitan "Les' Copaque Production" untuk menginspirasi dunia. Dongeng Sang Kancil juga merupakan Hikayat Sastera Melayu yang hebat wujud sejak dulu lagi. Di mana ia mengekalkan keunikkan cerita Kancil sebagai haiwan yang bijak dan penuh dengan muslihat sehingga di angkat menjadi hakim di rimba. Tetapi kini Kancil akan diangkat menjadi Wira Rimba apabila menyelesaikan masalah penghuni hutan dengan skala yang lebih besar dan penuh emosi.



Filem berdurasi 90 minit ini menyaksikan kisah pengembaraan seekor Kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh bayang hitam. Kehadiran Gagak memberi harapan yang hasratnya dapat menjadi kenyataan. Sepanjang pengembaraan Kancil, dia berjumpa tiga binatang pemangsa yang menguasai langit, daratan dan lautan/sungai iaitu Helang Perkasa, Gajah Belukar dan Raja Buaya. Kancil perlu melepasi cabaran setiap masa tersebut. Tambah mencemaskan, Hutan Rimba yang dihuni semua binatang, kini menjadi sasaran seterusnya oleh bayang hitam.


Dongeng Sang Kancil membawakan kembali Nini Razali sebagai pelakon suara Kancil. Nini Razali merupakan pelakon suara Kancil dari umurnya 12 tahun melalui siri Pada Zaman Dahulu terbitan Les' Copaque Production.


Dongeng Sang Kancil juga merupakan penampilan pertama penyanyi Amir Masdi sebagai pelakon suara dengan membawakan watak Harimau Kumbang. Beliau bukan sahaja menyumbang suara untuk lakonan malah turut menyanyikan dua buah lagu.


Selain itu, pelakon suara lain yang terlibat ialah Dinda Dania sebagai Arnab, Loke Keng Sun (Sang Tupai), Md FadzrianIldzan Bin Fadzian (Gajah Belukar), Muhammad Hafiz Bin Hassan (Helang Perkasa), serta Ahmad Razuri Bin Roseli (Raja Buaya) yang juga merangkap sebagai pengarah filem. 


Terdapat lima buah lagu mengiringi babak-babak dalam filem ini. Antaranya, 'Dongeng Sang Kancil', 'Hoo La Hey', 'Nasib Buaya', 'Bayang Hitam', dan 'Dikir Harimau Kumbang'.

Trivia Dongeng Sang Kancil:

1) Filem animasi pertama terbitan Les'Copaque Production bertemakan haiwan rimba yang diangkat ke layar perak

2) Filem animasi tempatan pertama yang menggunakan Dolby Atmos Finas.

3) Filem animasi tempatan pertama menggunakan tenik hybrid 3D & kesan khas 2D

4) Filem produksi yang dijangka akan mengambil masa 2 tahun berjaya disiapkan hanya dalam tempoh setahun setengah atas kehebatan krew Les'Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.

5) Untuk visual, ini adalah julung kalinya teknik 2.5D digunakan di layar perak dengan menggabungkan teknik animasi tradisional iaitu lukisan "2d frame by frame' dan "3d key framing animation".

6) Bahagian rendering dan komposit menggunakan teknik "layer based". Setiap satu shot/babak memerlukan purata 50 layer (5x ganda dari siri upin ipin). Setiap 1 pukulan memerlukan masa rendering sehari untuk di render. Semua ini penting demi mencapai maksud 2.5D.


Dongeng Sang Kancil terbitan Les' Copaque Production dengan kerjasama Astro Shaw selaku pihak pengedar dan pemasaran Filem Animasi ini adalah berkualiti tinggi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Filem.ini yang akan ditayangkan bermula


  26 Disember 2024


  Gunakan Hastag 

#DongengSangKancil 

#WiraRimba 

untuk berkongsi tentang filem ini di platform media sosial. Ikuti perkembangan terbaru dan klip menarik di akaun media sosial media Les' Copaque Production dan Astro Shaw.


Penilaian 8/10


Trailer Filem Animasi Dongeng Sang Kancil 

Comments