MYDIN KOMITED PERKASA USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Subang Jaya 19 Disember 2024 : Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) terus komited memperkasa perniagaan usahawan tempatan dengan melancarkan inisiatif 'Bangga Buatan Lokal' sempena Kempen Belian Barangan Malaysia 2024 melalui kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) .

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,“ Kami di MYDIN amat mengutamakan pemilihan produk tempatan bagi membantu kotak makanan untuk program-program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan. Di samping itu juga, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin turut menyumbang baucar tunai bernilai RM500 kepada 40 peniaga kecil sebagai bantuan kewangan bagi perniagaan mereka”.
Bagi menambah kemeriahan, Karnival Jualan 'Bangga Buatan Lokal' turut berlangsung pada 19 sehingga 22 Disember 2024 di MYDIN USJ memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan membuka saluran jualan bagi mempromosi dan memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.



Lagu Terbaru Mydin dinyanyikan oleh Ayu Damit
Comments
Post a Comment