ASTRO SHAW MEMACU ERA BAHARU SINEMA MALAYSIA DENGAN ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’

18 Disember 2024, Kuala Lumpur – Sebagai salah seorang pemain industri utama perfileman tempatan, Astro Shaw terus komited untuk meningkatkan landskap sinema Malaysia agar dapat bersaing dan berdiri setanding industri serantau dan atarabangsa. Astro Shaw meneliti usaha dan menyusun pelbagai strategi untuk sama-sama memastikan agar industri ini terus relevan dan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Kami percaya matlamat ini tidak akan menghasilkan hasil tanpa kerjasama ramai pihak. 

Salah satu inisiatif untuk merealisasikan visi ini ialah dengan memperkenalkan Astro Shaw Cinematic Universe. Langkah strategik ini menunjukkan visi berpandangan jauh Astro Shaw membuka pintu untuk menjalin kerjasama baharu bersama studio produksi, tenaga kreatif, bakat anak seni, agensi serta sektor industri berbeza dalam memperluaskan capaian penonton melalui karya sinematik yang berinovasi.


Astro Shaw Cinematic Universe merupakan projek yang menghimpunkan filem blockbuster IP terbitan Astro Shaw dan akan dibangunkan menerusi filem dan siri premium terbaru. 





Antara filem yang bakal menemui penonton mulai tahun 2025 dan seterusnya ialah 'Polis Evo 4', 'REZA' dan siri premium 'Evo Academy' menerusi francais Polis Evo; filem francais Keluang Man seperti 'Keluang Man', 'Baling', 'Patani' 'Keluang Man 2', 'Besut' dan 'Kataha'; manakala High Council Universe akan diteruskan menerusi siri premium bertajuk 'Kudrat 1968' dan juga Drama One Cent Thief 2. Terdapat beberapa lagi IP terbitan Astro Shaw yang akan dikembangkan di bawah cinematic universe ini dan pastinya memberi keterujaan kepada peminat industri hiburan tempatan. 

Seterusnya, hasil daripada kerjasama ini akan menyaksikan satu gabungan filem pada tahun 2028. Universe yang mempersembahkan nuansa Malaysia ini menggabungkan pelbagai genre dan cerita. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya, mencipta sejarah baru untuk sinema Malaysia.


Berbeza dengan universe superhero yang lain, ia tidak akan bergantung kepada kumpulan superhero sahaja. Sebaliknya, ia akan meneroka naratif yang saling berkait dengan cara yang tidak dijangka. Pendekatan kolaboratif ini menjanjikan penyampaian jalan cerita yang baru. 


Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Sejak Astro Shaw ditubuhkan pada 1996, kami yakin ramai yang telah berkembang dengan filem kami, dan menyaksikan transformasi besar kualiti filem yang diterbitkan. Walaupun ada filem tempatan berjaya dengan kutipan box office, namun secara keseluruhan  filem industri Malaysia masih bergelut. Pembikin ini berdepan persaingan yang sengit, termasuk daripada kandungan media sosial dan platform OTT yang telah mengubah cara penonton berinteraksi dengan kandungan.


Walaupun kutipan kasar box office (GBO) adalah penting, tetapi kerana penerbit kita perlu meneroka sumber baharu seperti merchandise, intergrasi jenama, dan platform yang lebih meluas. Pendekatan ini bukan sahaja mendorong pertumbuhan kewangan, tetapi turut memanjangkan jangka hayat dan legasi naskhah yang kita terbitkan. 


Kami berhasrat untuk menyokong industri filem Malaysia dengan mencipta peluang menghasilkan filem, serta menyumbang kepada ekosistem sinema Malaysia. Kami meneliti usaha dan menyusun pelbagai strategi untuk membawa industri ini ke tahap yang lebih tinggi. Kami percaya matlamat ini tidak akan menghasilkan hasil tanpa kerjasama ramai pihak. 

Dengan memperkenalkan Astro Shaw Cinematic Universe, kami ingin mengalu-alukan kolaborasi bersama studio produksi, tenaga kreatif serta bakat-bakat anak seni, termasuk sinergi di antara pelbagai industri.


Dengan mengumumkan barisan filem yang akan diterbitkan, kami mengharapkan ia memberi keterujaan kepada penonton, termasuklah penggiat seni dan pemain industri, di samping membuktikan keupayaan industri perfileman Malaysia sebagai medium kreatif yang mampu mendekatkan masyarakat. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penonton, peminat, studio produksi dan rakan kerjasama yang telah memberikan sokongan padu kepada Astro Shaw selama ini. Sama-sama kita melangkah ke dunia penuh kemungkinan.”


Pada tahun 2024 itu, Astro Shaw bertindak agresif sebagai pelopor atau 'game changer' yang memulakan era baharu dalam pemasaran landskap. Beberapa kolaborasi strategik dijalin bagi menghasilkan sinergi antara pelbagai industri, seperti penghasilan iklan komersial 

Kopi Wonda 

untuk edisi bersama filem Keluang Man

 Mirinda

 untuk filem The Experts

Tune Talk dan Grab 

untuk filem Kahar : Kapla High Council

Antara inisiatif yang dilakukan termasuk penghasilan iklan komersial dengan penampilan barisan pelakon utama, selain merchandise rasmi edisi terhad. 


Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Astro Shaw Cinematic Universe” layari:

 www.astroshawuniverse.com

  Ikuti perkembangan filem-filem terbaru di bawah Astro Shaw Cinematic Universe di akaun media sosial 

Astro Shaw

Comments