PROGRAM JRM BISO BONAR 2023 TELAH MENGUMPULKAN RAMAI USAHAWAN BERJAYA BERSAMA BONDA ROZITA
SEREMBAN 4 NOVEMBER 2023 – JRM Holistik Sdn Bhd merupakan sebuah
syarikat bumiputera yang diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim selaku Pengarah
Urusan dan telah ditubuhkan pada tahun 2011. JRM Holistik memfokuskan kepada
formulasi dan kombinasi perawatan secara holistik menggunakan herba-herba
eksklusif dari seluruh pelosok dunia dan menjadikan formulasi herba JRM Holistik
sangat istimewa. Lebih menarik apabila setiap produk JRM Holistik ini diformulasikan
oleh pengasasnya yang dikenali sebagai perintis herba di Malaysia iaitu Puan Rozita
Ibrahim sendiri.
kosmetik dan suplimen kesihatan ini mempunyai rangkaian perniagaan terdiri
daripada stokis dan pengedar di seluruh Malaysia. Antara stokis yang menjalankan
perniagaan di bawah jenama JRM Holistik ini ialah Olin Beauty Sdn Bhd (OBSB) yang
diterajui oleh Puan Nazatul Azlin bersama barisan pimpinan beliau di Negeri Sembilan.
Bonda Rozita Ibrahim sangat mementingkan peribadi dan kesetiaan untuk mereka
yang berdamping dengannya. Namun setelah hampir 7 tahun menjadi anak didik
Bonda Rozita Ibrahim, Puan Nazatul Azlin yang lebih mesra dikenali sebagai Olin
sentiasa mencabar diri dan bertanggungjawab mengemudi legasi jenama gah ini di
Negeri Sembilan khususnya apabila beliau berjaya menganjurkan Program JRM Biso
Bonar untuk kali ke-tiga di Negeri Sembilan. Dengan kehadiran lebih daripada 1000 orang
peserta dari pelbagai daerah di Negeri Sembilan pada program kali ini, ia memberikan
petanda bahawa jenama JRM di Negeri Sembilan berjaya melakar kejayaan walaupun
ketika ekonomi di negara tidak begitu baik. Itulah hasil kerja keras Puan Olin yang
semakin dikenali sebagai antara usahawan wanita yang cemerlang di negeri ini.
perkongsian kesihatan dan kecantikan wanita sepanjang usia ini turut diserikan
dengan kehadiran isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah
Wan Hasni binti Wan Yusof sebagai perasmi majlis. Beliau yang juga merupakan Yang
Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan memaklumkan dalam ucapan perasmian beliau
bahawa wanita secara amnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan
moto Malaysia Madani serta menjadi penggerak utama dalam pelbagai sektor
ekonomi juga professional di Malaysia dan seluruh dunia.
Suriani Yahya, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berhormat
Puan Noorzunita Begum, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Yang Berhormat Tengku Hajah Zamrah, ADUN
Ampangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan,
Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO serta isteri-isteri Yang Berhormat EXCO
Negeri Sembilan.
ini berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai pengisian menarik seperti Bual
Bicara Eksklusif ‘Cantik Dan Sihat: Orang Dulu VS Orang Sekarang’ oleh Bonda
Rozita Ibrahim dan ceramah ‘Orang Hebat, Sihat Emosi’ oleh penceramah selebriti,
Ustazah Asni Mansor. Turut diadakan ialah Demostrasi Aplikasi Think Quran dan
penerangan digital Think Quran oleh tetamu selebriti, Melissa Saila. Selain itu,
pelbagai reruai juga disediakan antaranya, Pemeriksaan Kesihatan Asas,
Pemeriksaan Kesihatan Mental (DASS), Urutan Rumah Hutan, Cabutan Bertuah,
Jualan Pecah Gudang pelbagai produk JRM serta banyak lagi pengisian menarik yang
disediakan.
daripada membina jaringan kenalan yang berpengaruh ia juga dapat menjadi medium
buat para peminat tegar dan pengguna JRM supaya membeli produk ini melalui
pengedar sah di seluruh Negeri Sembilan. Beliau turut mempelawa para wanita
terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Negeri Sembilan untuk menjadi pengedar
produk JRM ini seterusnya dapat menjana ekonomi keluarga kecil mereka.
perancangan memperbanyak program berunsur kebajikan dan tanggungjawab sosial
korporat agar dapat memberi kembali kepada komuniti terutamanya golongan wanita
yang memerlukan. Bagi memulakan usaha itu dan sebagai tanda solidariti bersama
rakyat Palestine yang sedang dilanda krisis peperangan sekarang, Olin Beauty Sdn
Bhd turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Prihatin Palestine
Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Puan Olin kepada wakil Kerajaan
Negeri Sembilan seusai perasmian Program JRM Biso Bonar.
yang berguna untuk seseorang ingin berjaya. Pertama kalau utamakan mengejar dunia tidak
akan berjaya. Sentiasa belajar mempebahurui diri mengikut peredaran zaman
,gunakan media teknologi terkini tanpa ada toksik yang berlaku dan tip utama
dekatkan diri dengan allah segala pertolongan akan datang darinya .
Sebarang perkongsian wawancara media boleh klik di link ini.
Wawancara Bonda Rozita bersama Media
produk boleh melayari laman sesawang
atau hubungi pasukan
Olin Beauty Sdn Bhd di talian
014-315 5649.
Comments
Post a Comment