28 PENINJU DARI 6 NEGARA BERENTAP DI GRAND FINAL KUDA MERAH INTERNATIONAL WORLD MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2023 'CLASH OF CHAMPION'

 Shah Alam  20 November 2023, Seramai 28 peninju hebat dari pelbagai negara 

antaranya Malaysia, Thailand, Indonesia Afghanistan, Maghribi, Itali dan Iran, 

bakal berentap pada, Grand Final Kuda Merah International World Muaythai 

Championship 2023 'Clash of Champion' di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur 

jam 8.00 malam pada 25 dan 26 November 2023.


Acara berprestij anjuran Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur ini turut menyaksikan

12 tali pinggang kejuaraan menjadi rebutan.


Setiausaha Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Bin Yaacop,

berkata penganjuran kali ke-72 ini mendapat sokongan padu Tourism Malaysia, sekali gus

menjadi sebuah acara hebat mengisi kalendar aktiviti pelancongan tahun 2023

"Kami mensasarkan lebih 5,000 penonton dari dalam dan luar negara bakal memenuhi

stadium pada dua malam perlawanan. Apatah lagi, selepas tertunda akibat Covid-19 selama

dua tahun, pasti peminat seni pertahanan diri muaythai menantikan acara ini.


"Selain dari mempromosikan kalendar acara Cuti-Cuti Malaysia 2023, acara kali ini juga bertujuan

untuk menaik taraf kejohanan sukan muaythai tempatan ke peringkat antarabangsa,

katanya Kejohanan kali ini turut menyaksikan penampilan istimewa, Mat Ropi Kuda Merah PDRM,

peninju asal Kelantan yang juga pemegang rekod lebih 100 kali bertanding dan merupakan

peninju nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Kami berharap Kuda Merah Kuala Lumpur akan terus mendapat sokongan dan tajaan yang

lebih hebat untuk penganjuran kali ke-73 tahun depan, sekali gus meletakkan Kuda Merah

International World Muaythai Championship - Clash of Champion' sebagai acara tahunan

berprestif dan meletakkan Malaysia di peta dunia sukan muaythai antarabangsa," kata

Muhammad Firdaus lagi.


28 peninju terdiri daripada 14 regu akan bertarung untuk merebut hadiah berupa 10 tali

pinggang kejuaraan, 2 tali pinggang juara pusingan, 2 piala dan wang tunai.

Pemenang atau juara tali pinggang akan kembali dicabar dalam Clash of Champion pada

November tahun 2024.


Kejohanan grand final kuda merah international world muaythai

Challenge 2023 'clash of champion' Akan bermula pada : 

Tarikh 

25 November 2023

Hari

Sabtu

Tempat

Stadium titiwangsa kuala lumpur

Masa

8.30 mlm




Comments