Lagu Terbaru Fendy Caliph Buskers Berjudul Antipati Sebuah Perjalanan Kisah Sebenar
Kuala Lumpur 8 November 2023 Dunia muzik menyaksikan perubahan yang berani apabila secara rasminya Fendy Caliph Buskers muncul dengan identiti baru, DERU, dan melancarkan lagu terbaharunya, 'Antipati"di dalam sebuah majlis pelancaran yang diadakan di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur pada 8 November 2023.
Lagu sepenuhnya ciptaan oleh Fenalea ini menggambarkan perjalanan sebuah kisah pengkhianatan dan patah hati dalam sebuah perhubungan. Karya yang ditulis dengan penuh emosi yang mendalam ini juga mampu membuatkan pendengar merasai sendiri sakitnya dikhianati.
Nama DERU yang sebelum ini dikenali sebagai Fendy Caliph Buskers, berusaha memberikan pengalaman mendengar yang unik melalui perubahan gaya dan penjenamaan semula. Dalam sidang akhbar selepas acara pelancaran, DERU berkongsi, "Saya sangat gembira dapat berkongsi karya ini dengan peminat-peminat setia saya. Lagu 'Antipati' adalah hasil dari perjalanan peribadi saya dan saya berharap ia dapat menyentuh hati setiap pendengar."
Perubahan nama dari Fendy Caliph Buskers kepada DERU bukan sahaja mencerminkan transfommasi artistik, tetapi juga menandakan bab baru dalam kerjaya muziknya. DERU berharap bahawa nama barunya akan membawa pembaharuan dan menonjolkan identiti kreatifinya yang lebih matang.
"DERU bukan sekadar nama, tetapi ia adalah manifestasi perjalanan saya dalam muzik. Saya berharap dengan perubahan ini, saya dapat memberikan sesuatu yang baru dan segar kepada para pendengar. Saya juga berharap peminat dapat menyokong karya terbaharu ini dan saya berjanji untuk terus memberikan karya-karya yang bermakna di masa akan datang," akhiri DERU.
Lagu Antipati yang mendapat sentuhan penerbit yang kian mendapat tempat di dalam industri muzik tanahair iaitu Rudy Nastia kini boleh didapati di semua platform muzik digital utama seperti Spotify, Apple Music dan Youtube. Muzik video rasmi Antipati juga boleh ditonton di saluran Youtube NSR Malay.
13 September 2023
Digital Release
22 September 2023
Komposer
Fenalea
Lirik
Fenalea
Penerbit
Muzik DERU
Penolong Penerbit Muzik
Rudy Nastia
Klip Video Lagu Berjudul Atipati di You Tube
Comments
Post a Comment