GTSM Bertemu sua dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri bagi Cadangan Pernambahbaikan untuk Pembangunan E-Hailing di Malaysia


Putrajaya 23 November 2023 Gabungan Pertubuhan "Taxi Malaysian" ( GTSM ) Membuat kunjungan hormat bertemu sua dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia di kediaman Pejabat beliau baru baru ini disambut dengan baik. 


YAB Dato Seri Anwar Ibrahim satu-satunya Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa yang Sangat berharga menerima kunjungan hormat kami bagi mendengar sendiri masalah yang Kami hadapi dan cadang-cadangan yang kami rangka untuk membawa perubahan kepada Sektor perkhidmatan teksi negara tanpa mengabaikan soal kebajikan pemandu teksi.

 

Kami yakin, kecaknaan dan keprihatinan YAB Perdana Menteri mampu mengakhiri kesengsasaraan yang selama ini kami hadapi dan tidak mustahil jika cadangan kami direalisaikan secara tidak langsung turut akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemanduu e-Hailing dan penumpang. InsyaAllah.

 

Diantara cadangan yang kami usulkan adalah seperti berikut:-

 1. Pelan Penjenamaan Teksi dengan mengembalikan semula Permit Import kepada kami bagi membolehkan kami membawa masuk kenderaan-kenderaan import terpakai seperti Toyota Vios, Camry, Altis, Honda Accord dan lain-lain sebagai kenderaan teksi sebelum pendapatan pemandu kami kembali pulih dan seterusnya beralih kepada penggunaan Electric Vehicle(EV) pada suatu masa nanti.

 Sebelum ini, kami memang telah diberi Permit Import oleh pemerintah terawal, namun Permit lmport tersebut telah dirampas dan diberikan kepada puak-puak berkempentingan dan kami dipaksa menjadi alat pelaris kenderaan Nasional dengan kualiti yang sangat tidak baik pada masa itu.


 

2. Kami turut mencadangkan kepada kerajaan supaya membangunkan aplikasi e-Hailing di bawah kendalian GLC, kerana perkhidmatan teksi dan e-hailing ini melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Malah banyak faedah dapat dimanfaatkan semula kepada negara, rakyat dan pemandu. Berbilion Ringgit wang yang terhasil daripada setlap transaksi penggunaan aplikasi e-hailing tersebut boleh dimanfaatlan semula seperti:-

 

I. Mewujudkan Akedemi Pemandu bagI meningkatkan tahap kesedaran, kemahiran

dan pengetahuan pemandu perkhidmatan awam dan pengangkutan darat negara

(Teksi, Lori, Bas, e-hailing. p-Hailing).

 

II. Menyediakan skim pembiayaan mudah dan rendah interest kepada pemandu teksi

yang ingin menukar kenderaan baharu.


III. Mewujudkan skim Insusran Kenderaan perdagangan yaatng lebih komprehensif dan

tidak membebankan bagi meringankan bebanan pemain industri.


IV. Mewujudkan skim perlindungan keselamatan berkelompok kepada seluruh

pemandu perkhidmatan dan pengangkutan negara.


 

V. Memberi biasiwa kepada anak-anak pemandu perkhidmatan dan pengangkutan

yang cenmerlang melanjutkan pengajian diperingkat lebih tinggi dan sebagainya.


Sebenarnya terdapat banyak lagi faedah-faedah yang boleh dimanfaatkan daripada Berbilion Ringgit wang industri kepada rakyat, negara dan pemandu, namun malangnya sejak 2013 wang tersebut telah dirompak ke luar negara tanpa memberi sebarang manfaat kepada negara, rakyat, pemandu mahupun industri melainkan merosakkan ecosistem industri, menzalimi ratusan ribu pemandu dan mencabuli Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

3. Penyelesaian isu ketidaksamaratan diantara perkhidmatan kami dan e-hailing juga mampu mewujudkan suasana persaingan yang lebih adil dan harmoni disamping menyelesaikan isu pembuangan harga oleh syarikat-syarikat e-hailing yang kini bersaing sesama mereka untuk merebutkan penumpang sehingga memangsakan pemandu e-hailing dan turut memberi kesan kepada kami kerana penumpang lebih cenderung mendapatkan kadar tambang yang  murah.

 

4. Penubuhan Majlis Pengangkutan Darat Negara (MPN) yang diwakili oleh wakil-wakil persatuan teksi, lori, bas, e-hailing dan p-hailing, ia bertujuan membantu kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dalam membuat atau melakukan pindaan kepada Akta dan peraturan sedia ada, selama ini kegagalan pihak Kementerian mengadakan libat urus yang tulus dengan pihak persatuan telah menyebabkan hingga ke hari ini tidak ada satu pun undang-undang mahupun peraturan yang mereka buat memajukan industri melainkan hanya menyusahkan dan menzalimi kami semua.


 Jadi dengan adanya Majlis Pengangkutan Darat Negara ini, pihak Kementerian tidak lagi boleh membuat undang-undang atau peraturan sesuka hati mereka, sebaliknya sesuatu cadangan itu akan dibincangkan dengan pihak kami dahulu, agar ia tidak lagi menganiaya dan menzalimi pemandu kami.

 

Hari ini kami betul-betul gembira dengan kecaknaan YAB Perdana Menteri dan kami berazam untuk bersama-sama kerajaan menaik taraf mutu dan perkhidmatan kami, harapkan kami YAB Perdana Menteri akan membantu kami dan meluluskan cadangan kami agar industri teksi dan pengangkutan darat negara dapat diberi natas baharu dan seterusnya memberi manfaat kepada kami, rakyat dan negara.

 


"BERSAMA MEMBANGUNKAN MALAYSIA MADANI"

"KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI TEKSI NEGARA"


Untuk Maklumat lanjut mengenai E-Hailing Malaysia boleh hubungi 

KAMARUDIN BIN MOHD HUSSAIN

YDP Gabungan Teksi Malaysia

No Tel: 016 6585716

 

Comments