Acara Jom makan Nasi daun Pisang Aeon mendapat Sambutan ramai telan Berjaya Memecahkan "Malaysia Book Of Record'
Rawang 29 Oktober 2023, AEON Mall mencipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1,396 orang. Ini sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records. Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal datang. AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro.
Julung kalinya acara Jom Makan Nasi Daun Pisang ini diadakan di Aeon Mall, Rawang . Sempena menyambut Hari Deepavali tidak lama lagi . Aeon Mall bersama para media dan pengunjung yang hadir mengikut acara ini yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 4 petang. Dengan kerjasama beberapa agensi , pengurusan Aeon dan orang ramai ia telah berjaya memecahkan Rekod makan nasi daun pisang teramai di Malaysia . Sijil dari agensi "Malaysia Book of Record" telah menyampaikan dengan janyanya acara ini kepada pengurusan Aeon yang diadakan disini.
Turut diadakan Sempena Acara Jom Makan Nasi daun Pisang beramai disini adalah acara persembahan tarian keriangan sempena Sambutan Hari Deepavali tidak lama lagi. Pengunjung begitu teruja dan gembira melihat persembahan tersebut. Penari- penari kelihatan bersemangat mengikut rentak beberapa lagu yang popular dihadapan pengunjung. Terdapat juga kedai jualan sempena perayaan deepavali turut ada di ruang legar tengah utama Pasaraya Aeon Rawang ini.
Seramai lebih 1,396 orang dari orang ramai,Para Media, Staf Aeon bersama sama mengikuti acara ini dari awal hingga akhir. Menu Makanan kali ini ditaja khas oleh Bananabro . Dengan menyajikan makanan begitu enak terdiri daripada Nasi, Kuah Kari, Sayur, Peria Goreng dan Keropok Papadom.
Rata-rata yang merasa begitu teruja dan menghayati makanan yang enak ini. Ada yang datang bersama seisi keluarga , Kawan kawan dan persendirian. Suasana Jom makan ini juga begitu meriah dengan kehadiran pelbagai Kaum Bangsa ada Melayu, Cina dan india serta warga lain telah berjaya memupukkan semangat Perpaduan yang diinginkan oleh kerajaan Madani pada hari ini.
Kesimpulan Acara ini telah berjaya mengumpulkan Seramai lebih 1,396 dari pelbagai Kaum,Bangsa dan Agama telah membuktikan Konsep Perpaduan Rakyat Malaysia dapat hidup bersama aman damai. Ia dapat memupukkan semangat perpaduan yang kuat . Disamping itu juga ia telah tercatatkan dalam "Malaysia Book Of Record" Makan Nasi Daun Pisang teramai di malaysia. Semoga acara ini akan terus diadakan dimana ia dilihat dapat menyatukan semangat perpaduan dikalangan Rakyat Malaysia berbilang Kaum . Tahniah kepada Aeon Mall kerana telah berjaya menganjurkan acara ini.
Comments
Post a Comment