Rangkuman Filem Mar Rak mengangkat tarian Kesenian Menora melalui Adengan Cinta dan Seram
Filem :
Mar Rak
Pengarah:
Dato T.S Jeffry
Pelakon:
Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC, Dvianna James,
Penerbit:
Saluran:
Tarikh Tayangan:
Sinopsis:
tentang Filem Mar Rak, yang mengisahkan percintaan Krasem
dan Rashidah
yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan
bangsa. Dicemburui oleh Ai Ling
kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta
Ai Ling kerana hatinya telah
dimiliki oleh Rashidah.
kerana cintanya ditolakn mulai marah dan dendam sehingga sanggup menggunakan jampi
mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki
cinta Krasem. Tuntutan Mophi seterusnya untuk mendapatkan nyawa diganti dengan
minyak pengasih telah disetujui Ai Ling, walaupun terpaksa melakukan perbuatan
di luar batas kemanusiaan semata-mata untuk mencapai impiannya.
Ulasan :
Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak telah diadakan di Dadi Cinema Pavillion
Kuala lumpur. Filemini dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan
yang diterbitkan oleh seorang pelakon dan pengarah yang tidak asing lagi namanya.
Mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu
Datuk T S Jeffry, yang popular dengan filem dan drama arahan beliau antaranya
Hantu Bukit Cina, Digarhayu, Halimah Jongang, Masak Lomak Cili
Api, Awe keno Nikoh dan banyak lagi.
pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Kael dan Shatirah
Amanda. Mereka sebagai
tunjang utama filem ini dan turut dibantu oleh pelakon lain
iaitu Nina KSC, Dyvianna James,
Dalip Singh, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi.
Filem Mar Rak ini bergenre "suspense thriller" mempamerkan warisan seni yang
semakin dilupai iaitu mengenai cerita Menora Siam.
Sekitar tahun 80an - 90an yang begitu popular di Pantai Timur terutama di Kelantan.
Cerita Menora Siam ini mengisahkan tentang percintaan heronya Krasem Pak Sintong
berketurunan Siam dan heroinya, penari Menora iaitu Rashidah.
Jalan cerita ini senang untuk disaksikan . Cerita ia tidaklah begitu berat ia mudah
difahami di sepanjang tayangan yang dipertontonkan kepada penonton yang hadir.
Kebanyakkan Penonton yang menyaksikan filem ini telah berpuas hati dengan
beberapa aksi seram dipertontonkan kepada penonton. Kedatangan Makhluk jahat
juga telah memberikan lagi keseraman di dalam Filam Mar Rak ini. Ada Adengan
pertarungan dengan makhluk jahat tersebut sehingga memaksa Hero dalam filem ini'
terluka dengan parah dicakar oleh makhluk jahat.
lokasi tempat yang dipilih oleh Produksi menampakkan keseramannya dengan keadaan
rumah yang usang dan telah lama ditinggalkan . Adengan Filem ini banyak berada di lokasi
Daerah Tumpat . Dimana sudah diketahui Daerah Tumpat bersempadanan dengan Thailand
banyak berlakunya perkara Mistik dikawasan ini . Dari segi Dialog juga dalam longat
Tempatan Kelantan dan Hokien Kelantan serta Siam.
Syirik yang dilarang . Setiap adengannya banyak memperlihatkan adengan dirasuk dan sifat
cemburu manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk tujuan beliau. Jadi untuk
melihat apa yang berlaku seterusnya dalam filem Mar Rak ini anda perlu menontonnya
di Pawagam berdekatan dengan tempat anda. Jangan lepaskan peluang menyaksikan
filem Mar Rak ini . Ia bakal ditayangkan di pawagam Seluruh Malaysia pada :
2 November 2023
Rating 8/10
Comments
Post a Comment