MYDIN MERIAHKAN SAMBUTAN DEEPAVALI DENGAN TAWARAN ISTIMEWA DAN SUMBANG 500 KOTAK RAHMAH

SELANGOR, 30 OKTOBER 2023: Mydin Mohamed Holdings Berhad, MYDIN hari ini

melancarkan program sambutan Deepavali dengan memilih tema “ Warna-Warni

Deepavali. Kempen ini telah dilancarkan YB Tuan Papparaidu A/L Veraman, EXCO

Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan Selangor di MYDIN Subang Jaya.


Sepanjang program berlangsung sehingga November ini, MYDIN dengan kerjasama

Taaka Lee Studio turut menganjurkan ‘Bombay Bazaar’ dengan tawaran pelbagai

promosi makanan serta pakaian tradisional masyarakat India. Di samping itu, terdapat

juga persembahan kebudayaan dan muzik serta dekorasi hiasan ‘kolam’ menarik.

‘Bombay Bazaar’ ini melibatkan cawangan MYDIN Mutiara Rini (Johor), Seremban

(Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), Subang Jaya (Selangor) dan Ipoh (Perak) dan

Bukit Mertajam ( Pulau Pinang).



Di samping itu, MYDIN turut menjalin kerjasama dengan syarikat Trichy Marketing

Sdn. Bhd. dan Chef Dave, Pempengaruh digital bagi melancarkan ‘Paati Veedu’ video

masakan vegetarian 15 hari 15 resipi bagi mempromosi keunikan dan keenakan

masakan tradisi India. Pelanggan juga mendapatkan barangan masakan tersebut di

TikTok Shop MYDIN Malaysia . Di samping itu, MYDIN turut bekerjasama dengan

rakan e-dompet, MCash bagi menawarkan pulangan tunai sebanyak RM10 bagi

pengguna MCash yang berbelanja RM100 di dalam satu resit.











Bagi meraikan nasib golongan kurang bernasib naik, MYDIN menerusi program

tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin bekerjasama dengan rakan pembekal

Apurva Garden Tea, Medimix, Barnsberry, Bestari, Beeqeh, Buttercup, Enricos,

Energizer, Fogg, Kawan, Sunrise Sunglow, Tisha’s dan banyak lagi bagi

menyumbangkan sejumlah dana dari pembelian produk jenama terpilih. Dana

terkumpul tersebut akan disumbangkan kepada masyarakat India yang memerlukan

dengan menyalurkan sebanyak 500 bakul Rahmah secara berperingkat kepada

keluarga masyarakat India di Subang Jaya dan PPR Desa Mentari, Taman Medan

(Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Kulai (Johor). 



“Kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi hasil kerjasama semua kaum

membolehkan setiap perayaan utama kaum di negara ini disambut bersama. Malaysia

mampu mengecapi kemakmuran ketika banyak negara di dunia berdepan dengan isu

hubungan perkauman. Kepelbagaian budaya adalah sebahagian daripada warisan

Malaysia dan biar kita semua bangga dengannya," ujar Pengarah Urusan MYDIN,

Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin.





Turut juga dalam acara adalah persembahan Tarian India telah memeriahkan lagi sambutan Sempena Perasmian Perayaan Hari Deepavali bersama Mydin 




Kempen ini berlangsung sehingga 30 November 2023. Sebarang makluman lanjut

mengenai kempen, layari laman media sosial atau sesawang rasmi MYDIN Malaysia


 www.mydin.my

Comments