Rangkuman Tayangan Khas Filem Memburu yang akan ditayangkan di Astro Fisrt
Filem:
Memburu
Pengarah:
SK
Genre:
Seram
Pelakon:
Fauzi Nawawi, Shah
Iskandar, Puteri Sarah, Soffi Jikkan, Serra Kamal, Cathy Ikh & Etc.
Penerbit:
BR-V Immortal Production
Saluran:
Astro Fisrt
Tarikh Tayangan:
2023
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan
apa sahaja demi anak perempuan kesayangannya. Namun, keputusan yang dilakukan
oleh si ayah telah memakan dirinya sendiri serta anaknya gara-gara mengorbankan
seorang gadis malang demi dirinya sendiri. Apakah nasib malang yang menimpa
mereka sekeluarga? Saksikan filem seram ini di saluran Astro Fisrt bermula pada
tahun 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.
Ulasan :
Memburu adalah filem tempatan bergenre seram yang bakal ditayangkan di
saluran Astro Fisrt dalam waktu terdekat iaitu Memburu pada 18 Mac 2023 yang
lepas di Samsung Onyx Hall MBO Atria. Filem ini merupakan hasil karya Jaafar
Taib dan pengarah filem ini sendiri iaitu SK.
Apa yang menarik tentang filem ini ialah cara solekanbya keatas pelakon nampak ngeri. Visual yang dipaparkan nampak realistik dengan adengan Hantu yang bergerak kearah mangsa menampakkan keseraman filem memburu ini. identiti seram seperti mana genre yang diperkatakan dan layak diberikan pujian. Identiti seram seperti mana genre yang diperkatakan dan layak diberikan pujian.
Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Puteri Sarah, Fauzi Nawawi , dan lain lain. Watak yang dibawa mereka amat berkesan. Ia memberi impak kepada penonton untuk mengikut jalan cerita ini dari awal hingga akhir. Jalan ceritanya mudah difahami.
Antara babak yang saya suka dalam filem ini adalah Aksi Kereta yang terbalik ketika dipandu oleh Mastura anak kepada Ridzuan dalam lakonan filemini. Keadaan kereta yang terbalik itu amat realistik dengan kejadian yang berlaku. Ketika anaknya bermain telefon lupa untuk melihat dihadapannya lalu keretanya terlanggar dan terbalik. Mastura masaitu sempat keluar namun ia dilanggar lagi sekali. Ia babak yang patut anda tengok di Astro First nanti. Kecuaian bermain telefon telah membawa padah kepada pemandu kereta.
Filem ini masih boleh dipertingkatkan lagi ini kerana ada dua perkara yang perlu diperbaiki . Iaitu pertama bunyi audio yang kuat . Adakah ia berlainan ketika ditayang di TV berbanding Pawagam .Kerana bunyi suaranya amat kuat sedikit mencemaskan untuk yang menonton. Kedua adalah durasi masa filem ini amat panjang kerana ia mengambarkan semula adengan sebelum kejadian berlaku amat lama. Mungkin ia dapat diperbaiki lagi.
Namun Karya ini amat saya banggakan kerana pengarahnya adalah kaum india dan amat mesra dengan pelakon melayu ia adalah salah satu budaya yang harus dipupuk pada masa ini. Cara komunikasi pengarah dengan pelakonnya juga amat berkesan dalam melakukan beberapa babak dalam filemini tiada kejanggalan dilihat. Ia adalah gfilemyang menarik. Menarik dalam filem ini adalah babak seram yang amat berlainan daripada filem kebiasaan, Ia amat mencemaskan saya juga yang melihat merasa ketakutan juga. Konflik dalam filem ini berjaya diolah dari punca bagaimana mereka dikacau oleh makhluk halus tersebut . Disebabkan sikap tamat mereka. Jadi untuk melihat lebih lanjut anda perlulah menontonya di Astro First yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Comments
Post a Comment