Masakan Thailand kini berada di Restoran Westplate Factory Sentul Menyajikan Keunikkan Keenakkan Tersendiri untuk Anda

 

KUALA LUMPUR : Westplate Factory Sentul Point telah memperbaharui menu dengan menawarkan sajian asli masakan Thai. Ia bermula dengan sajian Western dari cawangan Shah Alam di seksyen 23, kini cawangan ke-2 Westplate di Sentul Point telah mengorak langkah dengan pembaharuan mengikut kehendak pelanggan yang kian meningkat di Lembah Klang . Terutama di kawasan sentul yang padat dengan penduduk diakatakan tidak mempunyai banyak restoran menyediakan masakan thai. Jadi ia adalah peluang untuk penduduk sekitar sentul dapat menikmati masakan Thai yang enak berdekatan dengan rumah mereka. 


Tukang Masak yang menyediakan Masakan Thailand ini juga didatangkan khas dari Thailand. Nama beliau Chef Chariyaphon Phiwasak atau lebih dikenali sebagai Chef Jaa. Chef Jaa berpengalaman luas dalam bidang masakan Thai , Ia  berasal dari wilayah Buriram di Thailand . Ia bakal menyajikan resepi popular untuk  pelanggannya merasai di kedai ini .


Semua hidangan akan dimasak dengan pelbagai gaya dan keenakkan citarasa masakan Thai yang asli. Ia bermula dengan Masakan Som Tam yang terkenal di Thailand . Ia disajikan dengan Kerabu betik muda dan mangga .

Thai Chicken Tosties yang dapat dikategori sebagai makanan  ringan dimana cebisan roti disalut ayam cincang digoreng keemasan dan dicicah bersama sos cili Thai yang pasti memberi kepuasan pada yang mencuba

Aroy Spring Roll yang mana ada persamaan seperti Popia goreng namun berbeza dari segi penyediaan inti dan kuahnya

kerabu mangga & Seafood Salad Glass Noodles yang pasti mengiurkan.


Masakan Tom Yam pula terdapat 3 pilihan rasa berlainan. Iaitu Tom Yam Merah, Tom Yam Jernih (Putih) dan yang paling unik Tom Yam Santan Kelapa. ia memiliki keistimewaan yang berbeza citarasa. Sambil anda menghirup kuah Tom Yam anda boleh bayangkan seperti berada di thailand. 


Terdapat juga pelbagai pilihan makanan berasaskan Ayam, Daging, Ikan Siakap, Makanan Laut dan Sayur-sayuran anda boleh memesannya dan dimasak secara ala-carte disini.

Contoh pilihan Ayam seperti Pandan Fried Chicken, Lemongrass Fried Chicken, Chicken Masala Ala Thai, Chili Chicken dan Basil Chicken disediakan disini. 

Pilihan masakan Daging seperti Basil Beef, Ginger Beef, Oyster Sauce Beef, Black papper Beef.

 Makanan lautnya adalah Basil Seafood, Petai Prawn, Seafood Tempura dan Padprik yang pasti memberi banyak pilihan dan kepuasan kepada anda yang datang ke kedai ini.

Terdapat juga masakan berasaskan Kari juga ada disajikan.  3 pilihan Kari yang tersedia adalah Green Curry, Yellow Curry dan Red Curry 

Pelanggan juga boleh memilih sendiri samaada menggunakan Ayam, Ikan mahupun makanan laut mengikut citarasa yang ingin dicuba dengan harga pun berpatutan. 



Tidak cukup kalau tiada masakan ikan Siakap yang selalu sinonim dengan penggemar masakan laut. Anda boleh memilih sendiri untuk hidangan Ikan Siakap kukus atau lebih dikenali Steam Fish Chili Lime . Anda boleh memesan untuk kuantiti  keluarga ataupun persendirian . Antara kelainan ia  membuat semua terliur dengan hanya melihat cara ia dihidangkan Ala Thai . 

Cara Masakan lain adalah Deep Fried Siakap Thai Style juga merupakan salah satu menu yang sangat diminati di Westplate Factory Sentul Point ini.


Jika anda pengemar hidangan streetfood Thai, Disini juga ada disajikan anda sendiri menerokai  keenakan menu Tradisional Thai ini di Westplate Sentul seperti Pad Thai Noodle, Fried Thai Bihun, Pataya Fried Rice mahupun Pineapple Fried Rice. Apa yang unik  ia disajikan menggunakan sampan nenas . 

Untuk Pncuci Mulut Westplate Factory Sentul menyajikan pulut mangga bersama aiskrim. Tidak dilupakan Luk Chup sejenis kuih yang disediakan menggunakan kacang hijau dan dibentuk menyerupai buah-buahan pasti membuatkan anda terpesona. 


Jika anda mengunjungi Restoran Westpalte Factory di sentul ini sudah semestinya anda tidak akan melupakan pengalaman merasa sendiri keenakkan,kelainan dan keunikkan makanan yang disajikan. Rasa makanan tersebut membuatkan anda pastinya seperti berada di negara Thailand. dan pastinya anda tideak perlu kesana untuk merasa masakan ini. Kerana di Westplate Factory sentul ada menyediakan masakan makanan seperti di Thailand. 





Harga Harganya juga Murah dan berpatutan anda boleh lihat disini 


Untuk mengunjungi Restoran ini anda boleh lihat dibawah ini alamatnya 

Westplate Factory Sentul Point beralamat di AG-01, 

Ground Level, Puncak Sentul 8, 

Jalan Sentul Pasar, Sentul 51000 Kuala Lumpur 

dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 11 malam


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan info Westplate Factory ini anda boleh layari dan Ikuti di link Instagram dan Facebook dibawah  

Instagram

https://instagram.com/westplate_factory_sentul_point?igshid=NTdlMDg3MTY= 

Facebook

https://m.facebook.com/westplatefactory/

Comments