Persembahan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya akan dipentaskan di Shah Alam

 

Shah Alam 15 March 2023 Pelancaran Persembahan Teater Komedi Seram Anti Dadah :

 Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah 

Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor. Pelancaran tersebut diadakan di Pejabat 

Menteri Besar , Bangunan Darul Ehsan , Shah Alam dengan dihadiri ramai pengamal media. 


Pada tahun 2019, telah berlangsung persembahan Teater Komedi Seram Anti Dadah : 
Dari Cherok Tok Kun ke Gombak yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah 
Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor. Pementasan ini dibarisi oleh para pelawak terkenal 
tanahair seperti Wan Raja, Bell Ngasri, Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, 
Lanun Resdongs dan para pelakon dari Resdongs Entertainment dan telah ditonton 
oleh lebih dari 1000 orang penonton. Pementasan ini telah diarahkan oleh Lanun Resdongs 
dan juga telah menampilkan penampilan khas Azharina Juara Gegar Vaganza 3 dan juga 
Pengurus Artis terkenal tanahair iaitu Jojie. Lebih manis pada malam itu adalah 
kehadiran Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri 
Besar Selangor : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari bersama 
isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad.

 

Kini selepas 4 tahun berlalu, pada tarikh 26 Mei 2023 bersamaan dengan hari Jumaat 
sekali lagi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama 
Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan 
kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment bakal menganjurkan 
bahagian kedua siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun 
ke Putrajaya. Pementasan kali ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak 
Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bakal dipentaskan oleh para 
pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara 
Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, 
Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari 
Resdongs Entertainment. Sekali lagi Lanun Resdongs akan bertanggungjawab
 selaku Pengarah untuk teater ini.

 

Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya akan 
digegarkan lagi dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta 
Kapten Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE. Pentas teater akan dipanaskan 
lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO (ex Wings). 
Boleh dikatakan ini adalah penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater tanahair.
 Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu 
Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen 
All Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut.


 
Kini 100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz,Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli  secara atas talian di www.myticketempire.com bermula dari hari ini (15 Mac 2023). Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 0177054996 Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment percaya bahawa  penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater.  Penampilan selebriti hebat tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis artis yang lain juga menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadah yang semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita.


 

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat
Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin 
Shari diatas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh beliau kepada PEMADAM 
Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) 
dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment untuk 
menjalankan aktiviti anti dadah di Selangor Darul Ehsan ini. Semoga usaha murni 
untuk membanteras gejala dadah ini diberkati Allah SWT InsyaAllah.


TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA

Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) jam 8.45 malam

Lokasi : Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Mengisahkan tentang Danish Mikhael anak muda dari Cherok Tok Kun yang mendapat 

peluang bekerja di Putrajaya tetapi dihalang oleh ayahnya yang hanya mahu dia bekerja 

di kampung Manakala di kampung pula ada sekumpulan anak muda iaitu rakan rakan 

Danish Mikhael yang terlibat dalam gejala dadah. Tidak cukup dengan masalah dadah, 

Cherok Tok Kun juga diganggu oleh entiti makhluk halus. Dapatkah Danish Mikhael

mengubah nasibnya untuk ke Putrajaya dan dalam masa yang sama membantu rakan

 rakan kampung yang terlibat dalam gejala dadah serta dapatkah masalah entiti 

makhluk halus diselesaikan? Jom kita saksikan pementasan Dari Cherok Tok Kun ke 

Putrajaya untuk mencari jawapan kepada semua di atas. (Cerita ini hanyalah rekaan

semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah 

meninggal dunia. Jika terdapat persamaan penceritaan, ianya hanyalah kebetulan sahaja)

Para Pelakon : Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, 

Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs 

dan ramai lagin bakat istimewa dari Resdongs Entertainment.


Penampilan Istimewa : 

Ella, Jojie, Jo Branko, Kapten Azhar, Chef Yang Jamil, 

Khairul Nizam (Juara All Khas Together Now Malaysia musim kedua)


Dibawakan Khas oleh : 

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor


Rakan Strategik :

 Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)


Dengan Kerjasama : 

Sajian Sejati Sdn Bhd


Rumah Produksi :

 Resdongs Entertainment


Pembelian Tiket Boleh dibuat di Link Website dibawah:

 www.myticketempire.com


Harga Tiket :

 RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) 

dan RM 120 (VIP)


Untuk Keterangan lanjut boleh WhatsApp : 

0177054996

Comments