UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA DAN HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR MERAIKAN RAMADAN MENYANTUNI PELAJAR TAHFIZ DARUS SYABAB
KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 - Bulan Ramadan kembali lagi dan beberapa tahun selepas pandemik COVID-19 berlalu, ini merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan semula silaturrahim di samping menambahkan amalan yang mulia.
Sejajar dengan niat baik di bulan penuh keberkatan ini,
pihak Universal Music Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam berkongsi sedikit
rezeki sesama masyarakat.Untuk itu, pihak Universal Music Malaysia tahun ini berbesar
hati dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pelajar maahad tahfiz
dari Pusat Tahfiz DARUS SYABAB di Hotel Royal Kuala Lumpu . Majlis ini semestinya telah diserikan dengan kehadiran para
artis naungan Universal Music Malaysia yang turut membuat persembahan.
Antaranya adalah kumpulan Insomnicaks, Nuha Bahrin dan
Naufal Azrin, Syafiq Abdilah, Nadia Rosli, Meer Nash, Da Unknown, Rief Daniel,
serta kumpulan DOLLA. Malam itu turut mencipta sejarah buat kumpulan Insomniacks
yang pertama kalinya melancarkan lagu terbaharu mereka berjudul ‘Lagu Raya’
sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Begitu juga dengan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang pernah
mencipta fenomena lewat lagu ‘Casablanca’ tidak ketinggalan melancarkan karya
duet terbaharu mereka yang berjudul ‘Iktikaf'.Tidak lupa juga dengan kemunculan single raya terbaru dari
Elizabeth Tan dan juga Diana Danielle yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi
khas buat para peminat dan bagi semua yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
tahun ini.
Di samping dihibur para artis dengan persembahan nyanyian
sambil menikmati aneka juadah berbuka puasa yang lazat, para pelajar Maahad
Tahfiz Darus Syabab turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak pengurusan
dan artis Universal Music Malaysia.
Turut memeriahkan malam tersebut adalah pihak pengurusan
atasan Universal Music Malaysia yang terdiri daripada Cik Kim Lim, Pengarah
Urusan, Universal Music Malaysia, Encik Hermond Cheng, Pengarah A&R,
Pemasaran & Promosi, Universal Music Malaysia serta Ketua Def Jam
Recordings Malaysia, Encik lvan Koh Pengarah Kanan, Strategi Digital &
Komersial, Universal Music Malaysia, Cik Patrina Wong, Pengarah Kewangan dan
Operasi, Malaysia & Singapura serta Encik Brandon Chan ketua Perniagaan
Baru.

Comments
Post a Comment