Usaha FMBA Menyeru supaya Tiada Pembaziran di Bulan Ramadhan Sempena Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di DTandor

 

Kuala Lumpur 27 March 2023 Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) 

ialah organisasi yang terdiri daripada 200 persatuan dan dewan perniagaan, mewakili lebih 

500,000 pemiagaan merentas semua sektor. FMBA adalah federasi yang terbesar 

dan satu-satunya suara kolektit yang bersatu bagi semua perniagaan yang beroperasi 

di Malaysia. Secara kolektif, FMBA telah menganjurkan dan menganjurkan lebih daripada

dua belas forum, sidang akhbar dan penglibatan dengan ahli yang merupakan pemain

 industri  dari semua sektor, berkaitan dengan keadaan ekonomi negara dan perniagaan 

mereka. 


FMBA bersama dengan kerjasama Kumpulan Rangkaian Antarabangsa D'Tandoor juga telah

 menganjurkan beberapa program seperti Sumbangan kepada mangsa mangsa banjir, 

Sambutan Hari OKU Sedunia dan lain lain. D Tandoor telah berkecimpung 

dalam industri makanan dan minuman selama 32 tahun dan juga merupakan 

franchisor terunggul yang telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of

Records sebagai syarikat pertama yang menceburi bidang francais bagi pengendalian

makanan India Utara di Malaysia. D Tandoor telah berjaya membuka cawangan baru di

Australia dan sedang dalam perancangan untuk membuka beberapa cawangan lagi di Timur

Tengah, Eropah dan negara - negara Asean.


Obiektif utama Sidang Media ini adalah untuk memberi kesedaran secara menyeluruh

kepada semua lapisan masyarakat tentang pembaziran makananan. Satu amalan yang 

sangat berleluasa dibulan berpuasa 1alah tabiat pembaziran makanan.

 Pembaziran makanan di bulan puasa adalah suatu yang sangat mendukacitakan kerana 

1a merosakkan nilai dan tuiuan sebenar kita berpuasa. 

Ibadah puasa adalah berkisar tentang memahami kesukaran hidhum

mereka yang kurang bernasib baik dan menunjukkan rasa empati terhadap mereka

Oleh itu, membazirkan makanan semasa berpuasa bertentangan dengan

nilai-nilai ini dan memunjukkan ketidakbertanggungjawaban dan kekurang kesedaran 

tetang impak pembaziran tersebut secara sosial dan kepada alam sekitar.


Kajian menunjukan bahawa, 40% makanan di Malaysia dibazirkan setiap tahun dan

pembaziran makanan membawa implikasi sosial dan ekonomi yang serius di mana

terdapat krisis makanan, pembaziran makanan membazirkan sumber daya yang 

penting dan  memburukkan lagi keadaan kelaparan dan kemiskinan. Selain itu, 

pembaziran makanan juga mengakibatkan peningkatan kos makanan dan 

juga membawa kesan terhadap keupayaan idividu untuk menmbeli dan 

mengakses makanan yang mencukupi. Salah satu punca pembaziran makanan 

berlaku apabila restoran atau hotel menyediakan hidangan berlebihan 

untuk ramai orang yang berbuka puasa tetapi tidak dapat menghabiskannya.


Justeru D'Tandoor tidak memperkenalkan konsep Buffet Ramadhan pada tahun ini

sebagai langkah untuk mengelakkan pembaziran makanan yang berlebih lebihan.

Ini merupakan tahun ke-empat kami berbuat demikian sejak 2019.


Dengan kerjasama dan kesedaran bersama, kita semua boleh berusaha untuk

mengurangkan pembaziran makanan di bulan puasa dan sepanjang tahun. Pembaziran

makanan semasa berpuasa adalah suatu yang tidak boleh diterima. Di bulan Ramadhan, 

kita perlu memupuk  keupayaan untuk menguruskan makanan dengan bijak dan 

memastikan makanan disalurkan kepada mereka yang memerlukannya.


Selain daripada itu, di Bulan Puasa yang mulia ini D'Tandoor bersama dengan

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menganjurkan program program kebajikan (CSR) setiap 

tahun sebagai tanda manghargai dan membantu golongan yang berkurang upaya 

Pada tahun ini juga, DTandoor bersama dengan Yayasan Kasih Kanser & Kronik

(YKKK) akan mengedarkan bantuan makanan CSR dengan bantuan dari Majlis Agama

Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada petugas-petugas yang bertugas sepanjang

bulan Ramadhan ini dan juga pesakit pesakit di Hospital sebanyak 10,000 pek makanan

untuk 40,000 kumpulan sasaran.



Tuiuan sumbangan Bakul Makanan Istimewa Ramadan & Aidilfitri kepada kakitangan

dan pesakit- pesakit hospital adalah untuk memberi sokongan dan penghargaan kepada

mereka yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan dalam menjaga kesihatan

masyarakat, tenutamanya semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan ini

bertujuan untuk menyampaikan pesanan kasih sayang dan memberi semangat kepara

kakitangan hospital agar mereka terus memberikan perkhidmatan yang terbaik 

kepada pesakit.


Akhir kalam, saya berharap agar Program Bantuan yang diadakan sebagai aktiviti

tahunan bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat mendapat sambutan, 

sokongan dan dorongan yang sewajarnya. Dengan adanya program sebegini, 

Ia akan dapat memberi sinar keceriaan dan kegembiraan kepada petugas petugas 

dan pesakit pesakit  tersebut Jutaan terima kasih saya ucapkan 

kepada semua penaja pada hari ini dan semua Ahli Jawatankuasa 

Pelaksana yang bertungkus lumus memberi komitmen, tenaga dan masa

bagi menjayakan program ini. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan.


Comments