Pelancaran Lagu Terima Kasih Allah Single terbaru Faizal Ismail
Petaling Jaya 28 Februari 2023 Pelancaran Single lagu terbaru Faizal Ismail berjudul Terima Kasih Allah ia diadakan di Pejabat Universal Music Malaysia. Seringkali kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran terhadap pemberian Yang Maha Esa buat hambanya. Bagaimanapun personaliti terkenal Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI mengambil pendekatan berbeza apabila memilih tajuk Terima Kasih Allah sebagai single terbarunya.
"Ia lebih kepada kesyukuran. Selalunya kita sebut Alhamdulillah. Yang ini kita nyatakan dalam tajuk Terima Kasih Allah. "Ia adalah tanda penghargaan, apa yang Allah bagi dari segi nikmat dan hidayah," katanya.
Lagu ketuhanan berentak slow rock dengan lirik yang mendalam ini amat sesuai dengan vokal Faizal yang menyampaikannya dengan penuh penghayatan.
Faizal yang kini
kembali bekerja sebagai penyampai radio selepas sembilan tahun meninggalkan
kerjaya terbabit berkata, proses rakaman single ini di studio milik Iwan
sendiri sekitar lima bulan lalu.
"Iwan seorang
yang versatil dalam bidangnya. Segala-galanya dibuat sendiri bermula dari
rakaman, mixing (adunan akhir) serta muzik video dibuat sendiri.
"Bahkan
cadangan untuk saya merakam lagu pun daripada dia sendiri. Kalau nak diikutkan,
dah lama saya tak masuk konti sebagai penyampai radio.
"Menyanyi lagilah lama tak buat. Nyanyian bukan satu forte atau satu keutamaan. Cuma saya buat kerana minat dalam bidang muzik yang sememangnya dah lama. Untuk jadikan sebagai karier bukan satu keutamaan," katanya.
Album berjudul Satu Jengkal ini dikeluarkan
pada 2006. Dia juga pernah membuat kemunculan khas (featuring) dalam album Hari
Raya
dengan Faizal Tahir dan Shahir Zawawi semasa bertugas di
radio.
Faizal berkata,
semasa proses belajar dan mendekati agama kira-kira dua tahun lalu, dia
berjumpa ramai orang dan salah satunya Iwan Syahman.
"Kita sudah
tahu kisah penghijrahannya. Dia salah seorang yang kalau dalam bidang seni
orang nampak perubahan yang signifikan. Apabila berjumpa kami berbual.
"Kadang-kadang
saya menyanyi juga lagu-lagu ketuhanan yang dia bawa. Bila dia jemput saya
dalam ceramah, kuliah, ada orang minta menyanyi. Kadang-kadang kami sama-sama menyanyi.
"Dia kemudian
tanya kenapa kau tak menyanyi? Dalam bentuk barulah,". Saya jawab saya bukan penyanyi sangat.
Kemudian saya kata tak nak menyanyi cara lagu-lagu dulu," cerita Faizal.
Iwan Syahman
kemudian melahirkan hasrat untuk menghasilkan lagu khas buat Faizal.
"Cadangan
memang dari dia. Dia sanggup buat. Saya kata kalau nak buat jangan yang terlalu
berat, maksudnya letak mesej yang berat-berat.
"Bawa satu
mesej yang 'straight to the point' yang senang orang nak terima. Dia lebih
teruja sebenarnya untuk buat lagu ini kepada saya. Alhamdulillah dia dapat
siapkan.
"Itu memang
dia buat khas untuk saya, bagi saya dengar. Saya dapati melodinya bagus dan
senang tangkap. Jadi setuju kita rekod. Itulah permulaannya," katanya.
Masa yang diambil
untuk rakaman Terima Kasih Allah hanya tiga jam sahaja untuk disudahkan.
"Kemudian lagu
ini diriliskan dan mula-mula sekali dimainkan di radio Zayan. Tanpa promosi
yang kuat pun muzik video dapat 13,000 tontonan
di YouTube Zayan. Tapi itu macam sekadar deal peribadi.
"Bila pilih
lagu ketuhanan, ia satu usaha dakwah juga. Saya cuba selitkan di situ dan
alhamdulillah Universal Music terima. Lagu ini mula dirilis secara rasmi sejak
24 Februari lalu.
Single Terima Kasih
Allah boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple
Music,KKBOX, Deezer dan YouTube Music.
Faizal kini
bergelar penyampai di radio Zayan sejak 16 Januari 2023. Dia bergandingan
bersama Mawi dan Anas dalam slot Zayan Pagi dari Isnin hingga Jumaat jam 6
hingga 10 pagi.
Comments
Post a Comment