Lebih 25 Penyanyi Sertai program “ DARI KAWAN UNTUK KAWAN “
Kuala Lumpur 19 March 2023 peminat seni tanahair telah menyaksikan persembahan amal dari 25 penyanyi bersolidariti bersama membantu mengumpul Dana untuk dua figura ikonik 80an iaitu Ibnor Riza dan Zaiton Sameon bermula jam 12.00 Tengahari hingga 5.00 Petang di Santai Seni @ TAR di Jalan Tunku Abdul Rahman - berhadapan KAMDAR.
Dua figura ikonik hiburan 80-an iaitu Ibnor Riza dan Zaiton Sameon
kini dirundung malang dan tidak dapat meneruskan kerjaya mereka selaku penyanyi
yang menjadi mata pencarian mereka. Ibnor Riza baru-baru ini disahkan mengalami
kanser , vocal cord palsy, kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap
kolesterol kritikal manakala Zaiton Sameon pula mengalami OKU fizikal selepas
disahkan doktor mengalami keadaan dipanggil traumatic brain injuries akibat
kemalangan lebih 30 tahun yang lalu.
Atas sifat prihatin , lebih 25 penghibur seperjuangan
berkolaborasi bagi mengadakan Jam Session secara santai dalam format “Busking”
yang diselenggarakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan
Kesenian Pelancongan dan Sukan DBKL bagi tujuan kutipan amal ini.
“Kami rakan-rakan seperjuangan amat bersimpati diatas keadaan
yang menimpa Ibnor, rakan sepentas puluhan tahun dan mendapati beliau tidak
lagi mampu menyanyi seperti biasa. Dengan demikian kami cuba merealisasikan
acara ini dan tak sangka lebih 25 rakan-rakan seperjuangan menunjukkan komitmen
untuk membantu didalam persembahan santai ini . Kami tahu beliau amat-amat
memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos rawatan dan juga kos sampingan .
Juga kutipan ini bakal diserahkan juga bagi
membantu Kak Zaiton Sameon “ Ujar
Datin Salwa Abdul Rahman
Para artis yang terlibat terdiri dari Rohana Jalil . Datin
Salwa Abd Rahman, Zur Eda, Haiza, Salimah Mahmood, Isma AF, Rizal Ahmad, Azian
Mazwan, Rina Eva, Sheeda, Wan Chapters, Syed Aziz, Jaafar Onn, A.Razak Ismail,
Helmi Gimmick, B3rtiga Band , Radhi Khalid, Afee Utopia, Dato Malek Ridzuan,
Shah Efendy, Aris Ariwatann, Hasnol GV, Isa Gravity , Nas Adila dan Azmir Arif.
Bagi yang tidak dapat hadir boleh juga menyumbang melalui
butiran akaun seperti berikut :
No. Akaun : 3108024130 (Public Bank)
Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia .
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
0147176276 ( Amad )
Comments
Post a Comment