Selepas 20 Tahun Konsert Blue "live in Malaysia" Mendapat Sambutan Hangat dengan aksi persembahan yang Berbisa
KUALA LUMPUR, 11 Februari 2023 - Malam konsert quartet Inggeris yang popular di sekitar awal tahun 2000 ‘Blue 20th Anniversary: Heart & Soul Tour’ semalam ternyata menghiburkan dengan aksi bertenaga tanpa henti oleh ahli kumpulan tersebut seperti Duncan James, Lee Ryan, Simon Webbe dan Antony Costa.
Menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, “Seperti yang kami (Hitman Solutions & Happymoon) jangkakan jualan tiket laris dalam masa yang singkat dengan rata-rata umur pembeli dalam lingkungan lewat 20-an dan pertengahan 40-an.
Kami sangat terharu dengan respon yang amat memberangsangkan
oleh peminat kerana percaturan membawa boy band dari UK iaitu
Blue ternyata membuahkan hasil.”
Selain itu, Blue juga turut menyanyikan lagu-lagu dari album terbaharu ‘Heart & Soul’ mereka seperti tajuk albumnya sendiri, ‘Dance with Me’, ‘Ultraviolet’, ‘Paradise’ dan banyak lagi dengan jumlah 17 buah lagu kesemuanya yang dipersembahkan
Encik Kesavan Purusotman yang mesra dengan nama KC, Pengarah
Urusan Happymoon turut kongsi, “Kami amat berterima kasih kepada
Blue kerana sudi menerima pelawaan mengadakan konsert di Malaysia, walaupun
mereka pernah beberapa kali datang ke sini, kebanyakan peminat masih teruja
untuk melihat mereka beraksi terutamanya apabila mengetahui ada album baharu
yang telah dilancarkan.
Kata salah seorang ahli kumpulan Blue, “Peminat di Malaysia merupakan salah satu penonton yang tergempak yang pernah mereka saksikan. Semangat yang ditunjukkan serta nyanyian bersama tanpa henti sangat menakjubkan!”
Tambah Encik Rohit, “Konsert malam tadi menandakan kejayaan berterusan dengan Happymoon, dan kami sangat gembira dengan kolaborasi yang bernas ini.
Encik KC juga berkata, “Happymoon dan Hitman Solutions
sedang merancang festival muzik kolaborasi pertama kami yang bakal kami umumkan
tidak lama lagi. Oleh itu, nantikan pengumuman kami yang seterusnya.”
Bagi pertanyaan lanjut berkenaan konsert-konsert pada masa akan datang,
sila hubungi Encik Keeran D (Hitman Solutions)
Comments
Post a Comment