Percubaan AL-Jawaher Hampiri Pasaran Antarabangsa dengan lagu "single" yang baru dilancarkan

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2023 – Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu

nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu

malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat 

dan Salam, serta banyak lagi.Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, 

Normala, Habibah, Norhaiyati dan Latifah.


Pelancaran sempena "single" terbaru ini juga dihadiri oleh Tun Seri Setia (Dr) Haji 

Mohd Ali bin Mohd Rustam bekas Ketua Menteri Melaka. Beliau juga sama sama 

melancarkan  "Single" lagu terbaru Al-Jawaher. 


Turut hadir adalah Datuk Nora penyanyi terkenal Malaysia. Beliau berpuashati dengan 

Penghasilan Lagu single terbaru Al-Jawaher ini dimana ia akan menarik minat 

masyarakat pada hari ini dimana kebanyakkan peminat rindukan kehadiran lagu lagu ini.


Setelah 44 tahun berkecimpung dalam industri muzik, buat julung kalinya Al-Jawaher

mempertaruhkan "single"  terbaharu mereka dalam Bahasa Inggeris dan Arab, "BRING ME 

CLOSE TO YOU". Pengambaran video muzik ini dilakukan di sekitar Melaka.


Ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran muzik 

antarabangsa sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa 

tentang Islam. Untuk itu, single BRING ME CLOSE TO YOU juga akan dilancarkan 

sempena Israk Mikraj.


"BRING ME CLOSE TO YOU" adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut

mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.

"Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah 

Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik. 

Ini merupakan  kerjasama bersama Impact Music & Entertainment 

untuk ke persada pasaran antarabangsa."


"BRING ME CLOSE TO YOU" boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 

17 Februari jam 12 tengah malam manakala video muzik "BRING ME CLOSE TO YOU" boleh

 ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.



Lagu "single" terbaru  Al Jawaher anda boleh menonton di aplikasi You Tube ini 


Comments